Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesLynas dapat kebenaran mahkamah cabar syarat operasi

    Lynas dapat kebenaran mahkamah cabar syarat operasi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini telah memberikan kebenaran kepada Lynas untuk memulakan semakan kehakiman terhadap syarat lesen operasinya di Malaysia.

    Hakim Amarjeet Singh telah membenarkan permohonan kebenaran semakan kehakiman syarikat pengeluar nadir bumi Australia tersebut. Ini berikutan tiada bantahan yang dibangkitkan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).

    Dengan kebenaran tersebut, mahkamah sivil akan menetapkan tarikh pendengaran untuk mendengar hujahan lisan mengenai merit semakan kehakiman ini.

    Pada 27 Julai yang lalu melalui satu kenyataan media, Lynas telah menyatakan cabaran undang-undang yang difailkan itu adalah untuk membatalkan syarat-syarat sekatan pengimportan dan pemprosesan pekatan lantanid selepas 1 Januari tahun depan.

    [Baca berita penuh]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts