Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines#MahasiswaUiTMBantah: MPP mohon maaf sebab 'terkhilaf'

    #MahasiswaUiTMBantah: MPP mohon maaf sebab 'terkhilaf'

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Mara (UiTM) hari ini mengemukakan permohonan maaf terbuka kerana mengadakan kempen protes #MahasiswaUiTMBantah pertengahan bulan ini.

    Dalam kenyataan dikeluarkan awal petang ini, MPP itu berkata apa yang dilakukan itu merupakan suatu “kekhilafan” yang akan menjadi pengajaran buat badan tersebut.

    Menurut MPP UiTM itu, mereka berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak dengan memberikan maklum balas kepada kempen berkenaan.

    “Pandangan dan maklum balas yang diterima sangat penting bagi kami dalam menjernihkan isu ini dengan baik,” katanya.

    Pada 14 Mei lalui kira-kira 100 pelajar UiTM mengadakan protes terhadap idea membuka sementara pintu institusi pengajian tinggi (IPT) itu kepada tujuh pegawai perubatan bukan bumiputera bagi melanjutkan pengajian sehingga ke peringkat pakar dalam bidang pembezahan kardiotoraks.

    Mereka mengenakan pakaian hitam untuk menyatakan penentangan tersebut. Kempen itu turut menggunakan tanda pagar #MahasiswaUiTMBantah.

    Pendirian yang sama turut disuarakan pemimpin tertinggi UiTM atas alasan cadangan berkenaan bercanggah dengan akta penubuhan IPT terbabit.

    Bagaimanapun sesetengah pihak berpendapat UiTM wajar bersikap lebih terbuka dengan bersetuju melaksanakan program parallel pathway itu kerana ia hanya bersifat sementara dan melibatkan kurang daripada 10 pelatih.

    Kerjasama itu boleh ditamatkan apabila sebuah lagi IPT yang sepatutnya menyediakan program berkenaan – Universiti Malaya – sedia melaksanakannya.

    Nisbah di antara doktor pakar dalam bidang kardiotoraks dengan jumlah penduduk negara ketika ini memang belum mencapai tahap yang sepatutnya.

    View this post on Instagram

    A post shared by MPP UiTM SHAH ALAM 2023/2024 (@mppuitmshahalam)

    Kejadian itu menyebabkan seorang doktor lain yang membantu mangsa terbabit mengalami trauma sehingga kini.

    Kata MPP UiTM, mereka berharap kejadian protes yang dilakukan pada minggu lalu menjadi pengajaran untuk masa depan.

    “Segala kekhilafan yang berlaku ini akan menjadi pengajaran bagi kami dan kami sekali lagi memohon maaf di atas segala tindakan ini,” katanya.


    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts