Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMahathir patut malu sembur 'bisa' pada kaum India - Bekas MP

    Mahathir patut malu sembur ‘bisa’ pada kaum India – Bekas MP

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Bekas ahli parlimen Klang Charles Santiago kesal dengan kenyataan terbaru Dr Mahathir terhadap masyarakat India Malaysia.

    Mahathir sepatutnya malu dengan dirinya sendiri kerana mengeluarkan kenyataan sedemikian pada usia senjanya, bidasnya.

    “Kaum India dan Cina telah menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi dan politik Malaysia. Dr Mahathir Mohamad harus malu dengan dirinya sendiri atas (kenyataan) ‘bisa’ (venom) tersebut.

    “Tindakan mesti diambil ke atasnya kerana kenyataan yang memecahbelahkan itu berpotensi membahayakan masyarakat berbilang kaum ini,” kata Charles pada X, yang dahulu dikenali sebagai Twitter, hari ini.

    Dia mengulas kenyataan Mahathir kepada saluran TV satelit India Thanthi TV bahawa masyarakat India Malaysia masih tidak setia sepenuhnya kepada negara ini kerana mereka masih ‘terikat’ dengan negara asal mereka.

    Mahathir berkata seseorang itu harus dikenali sebagai orang Melayu untuk berhak untuk menganggap Malaysia sebagai negara sendiri.

    Charles berkata Mahathir sedar dia mencetuskan ketaksuban dan kebencian dengan kenyataan terbarunya, tetapi tidak mengambil berat tentang akibat daripada kata-katanya itu.

    “Adakah dia bermati-matian cuba untuk kekal relevan? Terutama pada usia senjanya?

    “Maka dia mesti tahu bahawa kita sudah muak dengan kata-kata kebenciannya. Malaysia bukan milik segelintir orang terpilih tetapi milik semua rakyat Malaysia.

    “(Dengan kenyataan itu) Mahathir telah menghapuskan apa sahaja kebaikan yang dia lakukan untuk negara ini.”

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,235FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts