Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMahathir: Saya guna DAP untuk jatuhkan Najib

    Mahathir: Saya guna DAP untuk jatuhkan Najib

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Bekas perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mendakwa bahawa dia dan DAP hanya saling menggunakan satu sama lain pada 2018 untuk menjatuhkan pentadbiran Najib Razak.

    Dalam episod terbaru Keluar Sekejap, Mahathir mengulas kritikan bahawa dia “tidak konsisten” dalam hubungannya terhadap parti-parti politik.

    Mahathir mengatakan bahawa untuk mencapai matlamat, dia percaya kepada pendekatan “musuh kepada musuh anda adalah kawan anda”.

    “Kita nak guna DAP umpamanya, nak dapat majoriti. Kalau saya tak guna DAP, kita tak akan dapat majoriti dan Najib Razak akan terus jadi perdana Menteri,” katanya merujuk kepada kerjasamanya dengan PKR dan DAP sebelum ini untuk menyingkirkan pentadbiran BN di bawah teraju Najib.

    Kata bekas ahli parlimen Langkawi itu, dia melihat Najib lebih utama untuk disingkirkan berbanding DAP.

    Menurutnya, DAP juga ketika itu berhasrat menggunakan dirinya untuk menjatuhkan Najib.


    “Saya sedar, DAP juga nak guna saya, kerana DAP juga mempunyai matlamat yang sama. Jadi kita guna itu,” katanya.

    Mahathir menegaskan bahawa strategi adalah penting untuk mencapai matlamat.

    “…Sekarang ini, kita ada masalah, saya dapati bahawa tak ada pilhan lain, melainkan bekerjasama dengan PAS,” tambahnya.

    Terdahulu, hos bersama Keluar Sekejap, Shahril Hamdan mempersoalkan pendapat bekas perdana Menteri itu yang menyifatkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak konsisten dalam pendiriannya, sejak dilantik sebagai perdana Menteri.

    Shahril menegaskan bahawa Mahathir pernah menjadi pengkritik tegar DAP, begitu juga dengan PAS, yang kini berkait rapat dengan mereka.

    Bekas presiden Umno itu keluar parti sebelum menubuhkan Bersatu pada 2016. Bersatu bekerjasama dengan gabungan Pakatan Harapan terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah untuk menyingkirkan BN.

    Mahathir kemudiannya meletakkan jawatan daripada Bersatu berikutan Langkah Sheraton pada 2020, dan seterusnya menubuhkan Pejuang.

    ALSO READ:  Lembaga tatatertib putuskan Zaid tak salah laku dalam rayuan Najib

    Mahathir telah meninggalkan Pejuang selepas parti itu kalah dalam beberapa siri pilihan raya.

    Mahathir kini menjadi penasihat tidak rasmi empat kerajaan Negeri pimpinan PAS – Kedah, Terengganu, Kelantan dan Perlis.

    Bercakap mengenai Najib, yang sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas didapati bersalah melakukan rasuah dan pengubahan wang haram, Mahathir berpendapat bahawa bekas pesaingnya itu telah “merosakkan Umno”.

    “(Najib membawa Umno) daripada parti yang berjuang untuk bangsa, negara dan agama menjadi parti yang memperjuangkan wang tunai.

    “Itu menjadi perjuangan Umno. Itu bukan Umno (yang saya tahu), saya tidak boleh duduk dalam Umno seperti itu.

    “Kedua, dia (Najib) mengajar orang Melayu selalu bergantung kepada kerajaan. Seperti meminta sedekah.

    “Itu bukan nilai hidup, pegangan orang Melayu. Orang Melayu patut malu apabila buat sesuatu yang tak baik. Tetapi Najib berkata ‘apa nak malu? Bos’,” katanya merujuk kepada nama julukan ‘Bossku’ dan slogan yang dikaitkan dengan Najib.

    Mahathir mengakui dia pada mulanya teruja dengan kemasukan Najib ke dalam parti itu, kerana dia merupakan anak sulung kepada bekas perdana Menteri Abdul Razak Hussein.

    “Saya terhutang budi dengan Tun Razak. Tanpa Tun Razak, saya tidak akan berada di tempat yang saya dapat. Jadi saya nak sokong kuat anak Tun Razak. Nak balas budi.

    “…Lama-kelamaan saya dapati orang ini tidak seperti bapanya. Dia mengutamakan dirinya. Tidak lama selepas itu, saya mendapat tahu dia bermain dengan duit. Itu saya tak boleh terima. Itu rasuah,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts