Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, November 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMahfuz, Dr Hatta dilantik naib presiden Amanah, Faiz setiausaha agung

    Mahfuz, Dr Hatta dilantik naib presiden Amanah, Faiz setiausaha agung

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Senarai penuh jawatankuasa pimpinan Amanah Nasional menyaksikan Mahfuz Omar dan Dr Mohd Hatta Ramli dilantik sebagai naib presiden parti itu, manakala Faiz Fadzil menggalas jawatan setiausaha agung.

    Senarai penuh jawatankuasa itu diumumkan melalui mesyuarat pertama hari ini, selepas kovensyen yang diadakan bulan lepas.

    “Menyedari tuntutan politik yang semakin mencabar, Amanah sebagai salah satu komponen kerajaan Madani, meningkatkan komitmen untuk bergerak dengan lebih jitu bagi sessi 2023-2026.

    “Kesungguhan ini adalah bagi memastikan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim ini kekal utuh dan stabil demi menjamin pembangunan negara yang mampan dan kehidupan rakyat yang sejahtera,” kata Faiz dalam kenyataan media, hari ini.

    Pelantikan lain dalam jawatankuasa itu termasuk Timbalan Setiausaha Agung, Norhayati Bidin; Penolong Setiausaha, Mohd Faizul Salleh dan Ridzwan Abu Bakar; Setiausaha Organisasi, Abang Mohd Kerdee Abang Masagus; Bendahari Agung, Izham Hashim; Pengarah Komunikasi, Khalid Samad dan Pengarah Strategi, Ahmad Sabki Yusof.

    Bulan lalu, barisan ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah yang baru memutuskan untuk melantik semula Mohamad Sabu sebagai presiden parti itu, manakala bekas Menteri Mujahid Yusof dilantik sebagai timbalannya.

    Tiga naib presiden lain yang dilantik ialah Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad; bekas Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud dan Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari.

    Sementara itu, Faiz memaklumkan bekas ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad dilantik semula sebagai pengarah komunikasi, manakala Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat dilantik sebagai pengarah pembangunan sumber manusia.

    Bekas ahli parlimen Tampin, Hassan Bahrom dan Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan pula masing-masing dilantik sebagai pengarah syariah dan pengarah pilihan raya.

    Menurut Faiz, bagi mengangkat suara akar umbi, pelantikan pengerusi Amanah di peringkat Negeri akan dibuat dalam mesyuarat Amanah Nasional yang akan datang.

    ALSO READ:  'Corruption pushed up prices', says Anwar

    Tambahnya, mesyuarat Amanah Nasional turut meluluskan kerangka pelan strategi yang dicapai melalui pemukiman pada 6 Januari 2024 dengan objektif untuk menguatkan parti.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts