Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMahkamah benarkan penulis cabar pengharaman 'When I Was A Kid 3'

    Mahkamah benarkan penulis cabar pengharaman ‘When I Was A Kid 3’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penulis Cheeming Boey telah mendapat kebenaran mahkamah untuk meneruskan permohonannya bagi membatalkan keputusan Kementerian Dalam Negeri yang mengharamkan novel grafik kontroversinya, “When I Was A Kid 3”.

    Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membenarkan permohonan semakan kehakiman yang difailkan pada 12 Disember tahun lalu.

    Seorang wakil firma guaman Messrs Clinton Tan mengesahkan keputusan tersebut yang telah dibuat pada 31 Januari lalu apabila dihubungi oleh Malaysiakini hari ini.

    Pada 27 Jun tahun lalu, sejumlah warga Indonesia telah berhimpun di luar Kedutaan Malaysia di Jakarta bagi membantah pencetakan dan penjualan buku tersebut atas dakwaan kandungannya yang menghina pembantu rumah Indonesia yang bekerja di Malaysia.

    Susulan daripada bantahan tersebut, Kementerian Dalam Negeri pada 25 September tahun lalu telah mengumumkan larangan terhadap karya tersebut mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

    [Baca berita asal]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts