Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMahkamah: Dua bekas senator berhak terima pencen berkadaran gaji

    Mahkamah: Dua bekas senator berhak terima pencen berkadaran gaji

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Dua bekas senator berjaya dalam rayuan mereka untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman mereka terhadap kerajaan mengenai pembayaran pencen.

    Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Lee Swee Seng, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Azizul Azmi Adnan secara sebulat suara membenarkan rayuan Datuk Idris Buang dan Datuk Seri Kamarudin Ambok.

    Azizul semasa membacakan keputusan mereka berkata mahkamah merumuskan perayu mempunyai hak untuk menerima pencen yang berkadaran dengan gaji senator sebelum ini.

    Beliau berkata mahkamah berpandangan Perintah Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan Jadual Pertama) 2015 (Perintah 2015) tidak mempunyai kesan kebelakangan dan hanya dikuatkuasakan pada 4 Mac 2015, tarikh Perintah 2015 diwartakan.

    Hakim juga berkata ini adalah kerana kewujudan hak terakru perayu untuk menerima pencen berkadaran dengan gaji Ahli Parlimen sedia ada sebelum ini dan ketiadaan peruntukan dalam Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 yang memperuntukkan (sama ada diucapkan atau dengan implikasi yang diperlukan) bagi perintah yang dibuat menurut perenggan 19A Jadual Pertama untuk mempunyai kesan kebelakangan.

    Azizul berkata sebaliknya, Pindaan Akta 2015 mempunyai kesan kebelakangan (kerana Parlimen mempunyai kuasa untuk menggubal secara kebelakangan) jadi apabila berlakunya kenaikan gaji Ahli Dewan Negara semasa daripada RM4,112.79 kepada RM11,000, terdapat peningkatan sejajar dengan kenaikan pencen perayu pada 1 Jan 2015.

    “Bermula dari 4 Mac, 2015 (tarikh sebenar Perintah 2015 dikuatkuasakan), sebarang kenaikan pencen selanjutnya untuk perayu seharusnya pada kadar dua peratus setahun, menurut pindaaan perenggan 20 Jadual Pertama.

    Justeru, rayuan ini dibenarkan dengan sewajarnya. Kami mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi dan memerintahkan setiap pihak menanggung kos masing-masing dalam rayuan ini,” kata hakim itu sambil menambah perayu berhujah bahawa pencen mereka seharusnya diselaraskan dengan mengambil kira kenaikan gaji Ahli Dewan Negara..

    ALSO READ:  Rugby-Wallabies outfight Georgia to win three straight

    Kedua-dua bekas Senator itu merayu terhadap saman pemula mereka yang ditolak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 16 Jan 2020.

    Pada 15 Ogos 2019, kedua-dua mereka mewakili sekumpulan senator-senator lain yang telah bersara memfailkan satu saman pemula dan menamakan Ketua Pentadbir Parlimen, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan kerajaan sebagai responden.

    Mereka memfailkan satu permohonan untuk mendapatkan pengisytiharan bahawa mereka berhak kepada pencen yang telah dikira dan disemak semula mengikut kenaikan gaji Ahli Parlimen menurut Akta Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2015 (Akta A1491).

    Menurut perayu pindaan itu berkuat kuasa pada 1 Jan 2015.

    Mereka juga memohon mendapatkan pengiystiharan bahawa mereka berhak menerima pencen yang telah dikira dan disemak semula berasaskan peningkatan ketara (kira-kira 167.45 peratus) gaji semasa Ahli Dewan Negara yang sedang berkhidmat daripada gaji asal RM4,112.79 sebulan kepada RM11,000 sebulan.

    Selain itu, mereka memohon perintah berikutnya yang mengarahkan responden membayar perayu masing-masing dengan pencen yang telah dikira dan disemak semula

    Perayu diwakili oleh peguam Krishna Dallumah sementara Peguam Kanan Persekutuan Liew Horng Bin mewakili responden.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts