Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, November 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMahkamah mahu lihat laporan sulit kehilangan Amri secara tertutup

    Mahkamah mahu lihat laporan sulit kehilangan Amri secara tertutup

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Mahkamah Rayuan memerintahkan kerajaan untuk mengemukakan laporan sulit pasukan petugas khas berhubung kehilangan aktivis Amri Che Mat bagi membolehkan mahkamah menilai kandungan laporan itu.

    Hakim Datuk Seri Kamaludin Md Said yang mengetuai panel tiga hakim membuat perintah itu bagi membolehkan mahkamah memutuskan sama ada kandungan laporan berkenaan akan membahayakan keselamatan negara dan polis atau tidak.

    Anggota panel hakim itu, yang termasuk Datuk Hasim Hamzah dan Datuk Azizul Azmi Adnan, membuat perintah tersebut semasa prosiding rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dalam memberikan pelepasan terhad laporan yang diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 kepada isteri Amri.

    Terdahulu, Azizul berkata dia dan panel hakim yang lain akan meneliti dokumen itu di kamar mereka tanpa kehadiran pihak-pihak terlibat.

    “Ada sebabkah mengapa dokumen itu tidak boleh diberikan kepada kami untuk kami lihat secara tertutup tanpa mendedahkan dokumen itu kepada responden?” soalnya kepada Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly@Alwi yang mewakili kerajaan.

    Ahmad Hanir berkata dia akan mengemukakan dokumen itu hanya kepada hakim dan akan mematuhi prosedur di bawah Akta Rahsia Rasmi dalam mengendalikannya kepada hakim.

    Kamaludin kemudian menetapkan 13 Dis untuk pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan untuk rayuan.

    Dalam prosiding hari ini yang dijalankan secara dalam talian, mahkamah mendengar hujah Ahmad Hanir bahawa Mahkamah Tinggi terkhilaf apabila membuat perintah supaya pendedahan terhad laporan itu kepada isteri Amri, Norhayati Mohd Ariffin.

    Norhayati Mohd Ariffin

    Dia berkata hakim Mahkamah Tinggi tidak membuat sebarang perintah supaya laporan itu dikemukakan kepadanya untuk diteliti.

    Pada 9 Mei lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh membenarkan permohonan semakan kehakiman Norhayati dan memerintahkan pelepasan terhad laporan itu kepadanya untuk menggunakannya dalam saman sivil yang difailkannya pada November 2019 terhadap 21 pihak termasuk kerajaan dan polis berhubung dakwaan kegagalan untuk menyiasat secara berkesan dakwaan penculikan suaminya.

    ALSO READ:  GISB crackdown: Six books related to outlawed Al-Arqam seized in Penang raid

    Wan Ahmad Farid juga mengeluarkan perintah supaya Norhayati dan peguamnya dilarang mendedahkan laporan itu kepada mana-mana pihak ketiga.

    Peguam A Surendra Ananth yang mewakili Norhayati memberitahu mahkamah bahawa perbicaraan saman sivil anak guamnya akan disambung semula pada 29 Feb tahun depan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts