Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, November 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMahkamah mula dengar permohonan semakan hukuman mati

    Mahkamah mula dengar permohonan semakan hukuman mati

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Mahkamah Persekutuan hari ini memulakan semakan hukuman mati terhadap tujuh banduan yang telah dijatuhkan hukuman mati mandatori sebelum ini.

    Ini merupakan semakan pertama sejak penguatkuasaan Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 pada 12 September lalu.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said berkata kesemua tujuh banduan itu dijatuhkan hukuman mati selepas disabit bersalah mengedar dadah mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

    Penggunaan seksyen itu sering mengundang kritikan kerana ia biasanya dikenakan terhadap pengedar dadah di peringkat bawah, bukannya penjenayah yang lebih besar.

    “Hari ini merupakan hari bersejarah bagi negara kita kerana permohonan bagi semakan hukuman mati dan pemenjaraan sepanjang Hayat telah didengar di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya. Hal ini membuktikan prinsip restorative justice dalam sistem keadilan jenayah di Malaysia adalah sentiasa terpelihara.

    “Kejayaan ini turut mencerminkan komitmen kerajaan dalam mempromosi dan mempertahankan hak asasi manusia sejagat,” kata Azalina dalam kenyataan hari ini.

    Azalina Othman Said

    Azalina menegaskan hukuman mati masih ada di Malaysia namun ia tidak lagi dikenakan secara mandatori, sebaliknya atas budi bicara mahkamah.

    Dia berkata ada 1,020 banduan yang dihukum mati an penjara sepanjang hayat sebelum ini yang layak membuat permohonan untuk semakan hukuman.

    Setakat 9 November lalu, Mahkamah Persekutuan telah menerima 861 permohonan daripada banduan hukuman mati dan117 permohonan daripada banduan penjara sepanjang hayat.

    “Pelaksanaan bagi pengendalian prosiding mahkamah ini telah mengambil kira pelbagai faktor mengikut keutamaan termasuklah umur banduan, tahap kesihatan dan tempoh pemenjaraan banduan serta pertimbangan lain yang mendesak,” katanya lagi.

    Dia berkata perkembangan terbaru ini selari dengan komitmen kerajaan untuk memastikan banduan diberi peluang kedua untuk kembali kepada masyarakat dan keluarga.

    ALSO READ:  Suhaizan, Nazri calon PH untuk PRK Pulau dan Simpang Jeram

    Dewan Rakyat meluluskan pemansuhan hukuman mati mandatori pada April lalu.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts