Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Sunday, July 7, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeNewsHeadlinesMahkamah Persekutuan tolak rayuan peguam cabar levi pelepasan

    Mahkamah Persekutuan tolak rayuan peguam cabar levi pelepasan

    -

    Shopee CNY Sale
    Rakyat Malaysia yang melancong ke luar negara masih perlu membayar levi pelepasan sebelum dibenarkan berbuat demikian. Ini adalah susulan keputusan Mahkamah Persekutuan pagi ini yang menolak permohonan peguam R Kengadharan untuk mendapatkan kebenaran memulakan rayuan berhubung kesahihan Akta Levi Pelepasan 2018 dan Perintah Levi Pelepasan 2019.

    Keputusan tersebut disampaikan oleh panel tiga orang yang dipengerusikan oleh hakim Mahkamah Persekutuan P Nalllini yang bersidang bersama hakim Hasnah Mohammed Hashim dan Nordin Hassan.

    Sebelum ini, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan menafikan cabaran undang-undang Kengadharan, yang mendakwa akta levi pelepasan itu bercanggah dengan hak asasinya untuk melancong ke luar negara.

    Semasa prosiding dalam talian hari ini, Nallini memutuskan bahawa Akta Levi Pelepasan itu, antara lain, tidak menjejaskan hak perlembagaan individu untuk melancong ke luar negara. Katanya, ia hanya memperuntukkan mengenakan cukai kepada rakyat Malaysia yang ingin melancong ke luar negara, yang selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

    Nallini berkata, Kengadharan sepatutnya tidak bergantung kepada undang-undang kes erajaan Malaysia lawan Loh Wai Hong. Dia menambah undang-undang kes itu bukanlah sesuatu contoh yang baik dalam menggambarkan isu jika levi pelepasan tersebut bercanggah dengan hak asasi rakyat Malaysia untuk melancong ke luar negara.

    Dalam preseden undang-undang 1979, Mahkamah Agung ketika itu memutuskan bahawa hak untuk melancong ke luar negara adalah tidak mutlak. Ia menolak permohonan Loh untuk pengisytiharan bahawa warganegara Malaysia mempunyai hak asasi di bawah Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan untuk melancong ke luar negara.

    Mahkamah Persekutuan dalam menolak permohonan Kengadharan untuk kebenaran merayu, tidak membuat sebarang perintah mengenai kos kerana ia adalah kes kepentingan awam.

    Kengadharan diwakili peguam A Srimurugan dan Shamsher Singh Thind. Peguam kanan persekutuan Suzana Atan mewakili dua responden: menteri kewangan dan kerajaan persekutuan.

    ALSO READ:  'Anwar pandai cakap tapi buat kerja tak habis'

    Dalam saman pemula yang difailkan pada Ogos 2019, Kengadharan memohon pengisytiharan bahawa Akta Levi Pelepasan 2018 dan Perintah Levi Pelepasan 2019 melanggar hak asasi untuk melakukan perjalanan ke luar negara dan dengan itu tidak boleh dikuatkuasakan. Dia memohon deklarasi bahawa perintah itu melanggar Perkara 5 (1) Perlembagaan Persekutan.

    Dalam afidavitnya untuk menyokong saman itu, Kengadharan berkata sebarang bentuk cukai yang dikuatkuasakan, termasuk terhadap sesiapa yang ingin melakukan upacara keagamaan atau menunaikan haji, adalah melanggar hak kebebasan asasi. Kengadharan juga berkata pengenaan cukai pelepasan, sebagai tambahan kepada perkhidmatan sedia ada dan cukai lapangan terbang, akan membebankan dan tidak wajar.

    Levi pelepasan dikenakan oleh kerajaan Pakatan Harapan pada 2019. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Kengadharan pada 27 Feb 2020, manakala Mahkamah Rayuan menolak rayuannya pada 14 Mac tahun ini. [Baca berita penuh]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,437FansLike
    1,181FollowersFollow
    1,049FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts