Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMahkamah pulangkan sementara pasport Muhyiddin

    Mahkamah pulangkan sementara pasport Muhyiddin

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menyerahkan sementara pasport Muhyiddin Yassin agar bekas perdana Menteri itu dapat melawat ahli keluarganya yang mengidap kanser di Australia.

    Hakim Azura Alwi membenarkan permohonan yang dibuat peguam Muhyiddin, Hisyam Teh Poh Teik selepas timbalan pendakwa raya, Nor Asma Ahmad tidak membantahnya.

    “Sebab yang dinyatakan dalam afidavit adalah untuk melawat seorang ahli keluarga di Australia yang sedang sembuh dari kanser usus,” kata Hisyam Teh, sambil menambah pihaknya memohon pelepasan semantara pasport bermula hari ini sehingga 28 Mei.

    Sebelum ini, Muhyiddin menyerahkan pasportnya kepada mahkamah sebagai sebahagian aripada syarat ikat jaminnya dalam kes Jana Wibawa.

    Azura turut menetapkan 13 Jun ini bagi mendengar permohonan Muhyiddin untuk menangguhkan prosiding, sementara menunggu permohonan semakan yang dibuatnya bagi membatalkan empat pertuduhan salah guna kuasa, yang dijadual didengar di Mahkamah Rayuan pada 9 Julai ini.

    Pada Mac tahun lalu, Muhyiddin mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan bagi empat pertuduhan itu, serta tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM232.5 juta berkaitan program Jana Wibawa.

    [Baca berita asal]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time šŸš€

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts