Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMahkamah Rayuan ketepikan keputusan bekas tentera diberi ganti rugi

    Mahkamah Rayuan ketepikan keputusan bekas tentera diberi ganti rugi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu yang memerintahkan seorang bekas anggota tentera diberi ganti rugi RM300,000 akibat penahanan dalam lokap oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selama 311 hari pada Ogos 2014 hingga Julai 2015.

    Keputusan itu dibuat secara sepakat oleh panel tiga hakim yang dipimpin oleh Hakim Datuk Azizah Nawawi yang bersidang bersama Datuk Azimah Omar dan Datuk Wong Kian Kheong.

    “Hakim Mahkamah Rayuan mendapati Pesuruhjaya Kehakiman ketika itu, Datuk Mohamad Abazafree Mohd Abbas melakukan kesilapan dalam menafsirkan Seksyen 96(3) Akta Angkatan Tentera 1972 sebelum memutuskan ganti rugi kepada Mohamad Maliki Abdul Halim (responden).

    “Oleh itu, kami membenarkan rayuan kerajaan dan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi,” kata Hakim Azizah yang juga memerintahkan Mohamad Maliki membayar kos RM40,000 kepada semua pihak yang merayu.

    Selain kerajaan, pihak yang merayu lain ialah Pegawai Memerintah Batalion ke-5 Rejimen Renjer Diraja, Leftenan Kolonel Shifullizan Abd Aziz; pihak berkuasa sidang Panglima Bridged Kelapan Infantri Malaysia dan Panglima Angkatan Tentera.

    Dalam prosiding hari ini, peguam dari Jabatan Peguam Negara, Nur Ezdiani Roleb, mewakili semua pihak yang merayu. Manakala, responden diwakili oleh peguam Shaharuddin Mohamed.

    Pada September tahun lalu, Datuk Mohamad Abazafree mengarahkan Mohamad Maliki, yang kini berusia 35 tahun, diberi ganti rugi am, khas dan teladan teruk secara global sebanyak RM300,000. Keputusan tersebut dibuat setelah mendapati penahanan yang dilakukan terhadap lelaki itu adalah tidak sah dan terdapat kepincangan dalam prosedur tindakan tatatertib yang dilakukan secara sembarangan.

    Pada Mei 2018, Mohamad Maliki sebagai plaintif telah memfailkan saman dengan menamakan Pegawai Memerintah Batalion ke-5 Rejimen Renjer Diraja, Leftenan Kolonel Shifullizan Abd Aziz; pihak berkuasa sidang Panglima Bridged Kelapan Infantri Malaysia; Panglima Angkatan Tentera dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan.

    ALSO READ:  Pelamin angan musnah, lelaki rugi RM30,000 diperdaya isteri orang

    Berdasarkan pernyataan tuntutan, Mohamad Maliki mendakwa bahawa dia ditahan secara salah selepas didapati positif dadah dalam satu operasi pencegahan di Batalion 5 Rejimen Renjer Diraja, Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas, Kota Bharu, Kelantan.

    Menurut dakwaannya, akibat penahanan yang tidak sah tersebut, haknya bersama isteri serta kehidupannya terjejas.

    Waktu itu, Mohamad Maliki sedang bertugas sebagai anggota di Renjer Batalion 5 Rejimen Renjer Diraja Kem Desa Pahlawan.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts