Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMahkamah Syariah: Umno akan minta Jakim kaji cadangan pinda Perlembagaan

    Mahkamah Syariah: Umno akan minta Jakim kaji cadangan pinda Perlembagaan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Umno akan meminta semua pihak berkaitan untuk meneliti cadangan meminda Perlembagaan Persekutuan bagi memperkuatkan undang-undang Syariah.

    Timbalan presiden Mohamad Hasan berkata pihak tersebut termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar.

    Namun Mohamad menyangkal dakwaan bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan 16 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 sebagai memperkecilkan Islam mahupun sistem undang-undang Syariah.

    “Tentang (cadangan) pindaan Perlembagaan…nanti kita minta agar Jakim dan Menteri agama dan juga pihak-pihak yang berkaitan untuk lihat sama ada keperluan atau tidak.

    “…Supaya ia tidak lagi berulang kerana ini akan mencemarkan sistem kehakiman atau perundangan Syariah itu sendiri.

    “Padahal keputusan semalam langsung tak ada kaitan (berkenaan) memperkecilkan kuasa atau status mahkamah (Syariah),” katanya kepada pemberita di majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA di Kuala Lumpur, hari ini.

    [Berita lanjut menyusul]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts