Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMahkamah tangguh keputusan, hakim tegur peguam majlis agama

    Mahkamah tangguh keputusan, hakim tegur peguam majlis agama

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Panel sembilan hakim Mahkamah Persekutuan menangguhkan keputusannya pada pendengaran petisyen seorang peguam dan anaknya yang mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.

    “Kami akan bersidang dan membincangkannya,” kata Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat selepas mendengar hujahan lisan daripada semua pihak.

    Ini bermakna mahkamah tertinggi negara akan membuat keputusan pada hari lain mengenai perkara itu.

    Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya, Tengku Yasmin Natasha Tengku Abdul Rahman meminta Mahkamah Persekutuan membatalkan 20 kesalahan syariah dalam enakmen Kelantan atas alasan dewan undangan Negeri terbabit bertindak melangkaui bidang kuasa.

    Nik Elin (kiri)

    Selain Tengku Maimun, panel itu disertai Abang Iskandar Abang Hashim (presiden Mahkamah Rayuan), Mohamad Zabidin Mohd Diah (hakim besar Malaya), Abdul Rahman Sebli (hakim besar Sabah dan Sarawak), serta lima lagi hakim Mahkamah Persekutuan – Nallini Pathmanathan, Mary Lim Thiam Suan, Harmindar Singh Dhaliwal, Nordin Hassan, dan Abu Bakar Jais.

    Pada prosiding hari ini, Tengku Maimun mengingatkan semua pihak supaya menegakkan prinsip undang-undang dan tidak membuat sebarang kenyataan yang bersifat menghasut.

    Peringatan itu dibuat susulan, peguam Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili pempetisyen, membawa perhatian mahkamah terhadap kenyataan peguam Yusfarizal Yusoff, yang mewakili Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu, mengenai isu dalam pendengaran berkenaan.

    Tengku Maimun

    Katanya, mahkamah mengambil maklum kenyataan peguam itu yang antara lain menyatakan prosiding tersebut adalah titik penyudah sebelum kewibawaan Mahkamah Syariah terkubur.

    “Kami mengambil maklum dan membuat pemerhatian kerana isu yang dibangkitkan dalam pendengaran ini telah diperkatakan oleh ramai pihak namun ia merupakan versi yang telah diputar belit.

    “Banyak pihak yang membicarakan mengenai kes ini di luar dan kenyataan yang dibuat adalah mengelirukan.

    ALSO READ:  Ceramah PN di Felda Chemomoi kurang sambutan

    “Kami ingin mengingatkan peguam untuk tidak membincangkan mengenai kes ini di khalayak umum,” katanya.

    Ketua Hakim Negara itu berkata, tidak timbul persoalan sama ada pihak pempetisyen mahupun mahkamah ini ingin menidakkan atau merendahkan kedudukan agama Islam di negara ini.

    “Isu dalam pendengaran petisyen itu bukan melemahkan agama Islam dan Mahkamah Syariah, tetapi ia adalah berhubung kompetensi kerajaan Negeri dalam menggubal undang-undang. Kenyataan bahawa Mahkamah Syariah akan berkubur di Malaysia adalah tidak betul.

    “Tanggapan itu salah kerana pendengaran hari ini hanya bertujuan mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019, bukan merendah-rendahkan enakmen dan Mahkamah Syariah,” katanya lagi.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts