Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMahkamah teliti kenyataan saksi utama kes rasuah Guan Eng

    Mahkamah teliti kenyataan saksi utama kes rasuah Guan Eng

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menetapkan 9 Januari ini sebagai tarikh sebutan untuk memutuskan sama ada Lim Guan Eng boleh meneruskan prosiding mencabar kredibiliti pernyataan saksi pendakwaan SPRM,  Zarul Ahmad Mohd Zulkifli, dalam perbicaraan kes rasuah projek jalan utama dan terowong dasar laut Pulau Pinang membabitkan bekas ketua Menteri Pulau Pinang itu.

    Hakim Azura Alwi menetapkan tarikh itu selepas pihak pendakwaan menyerahkan salinan kenyataan setebal 108 muka surat daripada SPRM oleh Zarul Ahmad yang juga adalah pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (CZCSB).

    Zarul adalah adalah saksi utama dalam perbicaraan rasuah Lim yang dikaitkan dengan projek terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion.

    Pada prosiding sebutan kes itu hari ini, Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Wan Shaharuddin Wan Ladin, memaklumkan pihaknya sudah menyerahkan dokumen terbabit kepada mahkamah pagi ini.

    Menurut Azura, dia perlu meneliti dokumen itu sebelum memutuskan sama ada salinan pernyataan Zarul  boleh diserahkan kepada pembelaan.

    Dokumen itu bagi digunakan oleh pembelaan yang sebelum ini dibenar untuk memulakan prosiding mencabar kredibiliti Zarul menentukan sama ada wujud percanggahan kenyataannya yang direkodkan SPRM bagi kes ahli perniagaan, G Gnanaraja, di Mahkamah Shah Alam dengan kenyataannya di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur.

    Pernyataan saksi kepada SPRM itu kemudian akan diserahkan kepada peguam bela Lim, Gobind Singh Deo, jika didapati mengandungi percanggahan.

    [Baca berita penuh]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts