Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMahkamah tolak pemohonan Zafrul fail afidavit tahanan rumah Najib

    Mahkamah tolak pemohonan Zafrul fail afidavit tahanan rumah Najib

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Abdul Aziz gagal mendapatkan kebenaran untuk memfailkan afidavit yang dikaitkan dengan tindakan undang-undang tahanan rumah bekas perdana Menteri Najib Razak.

    Senator itu memohon untuk kebenaran memfailkan afidavit untuk membetulkan kesilapan fakta dalam afidavit Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi yang menyokong usaha Najib supaya baki hukuman penjara yang dijatuhkan digantikan dengan tahanan rumah.

    Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Amarjeet Singh ketika menolak permohonan Zafrul, bagaimanapun berkata Menteri itu boleh memohon semula sekiranya mahkamah sivil memberikan kebenaran kepada Najib pada 5 Jun ini untuk memulakan semakan kehakiman tahanan rumah.

    Perkara itu disahkan oleh peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah ketika ditemui media, hari ini.

    Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts