Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMahmoud Abbas: Palestin berdepan perang genosid Israel

    Mahmoud Abbas: Palestin berdepan perang genosid Israel

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Rakyat Palestin menghadapi satu “peranang genosid” di tengah-tengah serangan Israel di Semenanjung Gaza, kata Presiden Mahmoud Abbas pada Ahad.

    Beliau berkata ‘peranang genosid’ Israel itu tidak akan meruntuhkan tekad Palestin menubuhkan sebuah negara yang merdeka.

    “Kami akan berpegang teguh pada tanah kami dan meneruskan perjuangan sehingga kami mencapai kemenangan dan kemerdekaan,” katanya dalam ucapan sempena ulang tahun ke-59 revolusi Palestin.

    Pemimpin Palestin itu menegaskan wilayah Tebing Barat dan Semenanjung Gaza adalah satu unit geografi yang tidak boleh dipisahkan.

    Presiden Palestin Mahmoud Abbas.

    Beliau turut menggesa peranang Israel di Semenanjung Gaza dihentikan dan penghantaran bantuan kemanusiaan ke wilayah terkepung itu dipercepatkan.

    “Satu-satunya cara ialah mencari penyelesaian politik berdasarkan resolusi legitimasi antarabangsa dengan mengadakan persidangan damai antarabangsa yang menamatkan pendudukan Israel di semua wilayah Negara Palestin, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya dan kepulangan pelarian mengikut Resolusi PBB 194,” kata Abbas.

    Menurut pihak berkuasa kesihatan di Gaza, serangan Israel sejak 7 Okt membunuh sekurang-kurangnya 21,822 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak manakala 56,451 lagi cedera.

    – Bernama-Anadolu

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts