Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Maips, tolong jangan kacau kami lagi'

    'Maips, tolong jangan kacau kami lagi'

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Susulan keputusan mahkamah tertinggi negara hari ini yang mengesahkan status bukan Islam tiga anaknya yang ditukarkan agama mereka secara sepihak, ibu tunggal Loh Siew Hong merayu Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (Maips) untuk meninggalkannya sendirian.

    Dia dengan sebak berkata bahawa dirinya dan tiga anak mereka – pasangan kembar perempuan berusia 15 dan anak lelaki berusia 12 tahun – telah menderita selama empat tahun sejak anak-anak itu diIslamkan secara unilateral oleh bekas suaminya dan mualaf Muhammad Nagahswaran Muniandy pada 2020.

    “Saya rayu Maips jangan lagi ganggu kami. Biarkan kami sendiri. Cukup,” kata ibu berusia 36 tahun itu sambil menangis teresak-esak diemani pasukan guamannya yang diketuai peguam A Srimurugan ketika dijumpai media di lobi Istana Kehakiman di Putrajaya, hari ini.

    Ketika kembali tenang, Loh menambah bahawa dia sangat gembira dengan keputusan mahkamah persekutuan hari ini.

    Terdahulu hari ini, panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara menafikan kebenaran kepada Maips dan tiga yang lain untuk meneruskan rayuan bagi mengembalikan penukaran agama Islam unilateral anak-anak Loh.

    Loh dan Nagahswaran, kini 36, melangsungkan perkahwinan sivil mereka pada 2008, tetapi perkahwinan mereka runtuh akibat dakwaan keganasan rumah tangga yang menyebabkan dia dimasukkan ke hospital. Dia memfailkan perceraian pada Disember 2019.

    Bagaimanapun, ketika dia sedang mendapatkan rawatan di hospital, dilaporkan suaminya melarikan tiga anak mereka itu dan menukar agama mereka pada 7 Julai 2020.

    Pada Mac 2021, Loh diberikan hak penjagaan, dan kawalan penuh ke atas anak-anaknya, dan bercerai secara sah pada September tahun yang sama.

    ALSO READ:  Apa kesan akta antilompat parti pada MP PN sokong Anwar?

    Pada Februari 2022, anak-anak Loh – yang berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat – diserahkan kepada ibu mereka selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan habeas corpusnya.

    Keluarga itu kini menetap di Lembah Klang.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts