Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMais mahu k’jaan segera atasi pertikaian hukum syariah Negeri

    Mais mahu k’jaan segera atasi pertikaian hukum syariah Negeri

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menyuarakan kebimbangan berhubung gerakan pihak-pihak tertentu yang secara halus cuba untuk menjejaskan kedudukan agama Islam sebagai agama Negeri dan agama persekutuan melalui proses litigasi mahkamah. Menerusi satu kenyataan media, hari ini, Pengerusi Mais, Abdul Aziz Mohd Yusof berkata ini termasuk mempertikai bidang kuasa Negeri dalam menggubal peruntukan undang-undang Islam.

    Gambar: Abdul Aziz Mohd Yusof

    Ini kebanyakannya, menurut Abdul Aziz adalah kelestarian daripada undang-undang Islam yang telah diamalkan dan dikuatkuasakan di Negeri-Negeri di Malaysia sebelum pembentukan perlembagaan persekutuan. “Merujuk kepada kes Nik Elin (Zurina Nik Abdul Rashid) yang memohon Mahkamah Persekutuan membatalkan 20 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 2019, Mais menghormati prosiding mahkamah yang sedang berjalan dan kuasa Mahkamah Persekutuan dalam memutuskan perkara berkaitan pentadbiran keadilan.

    “Namun, Mais berpendirian bahawa tindakan segera perlu diambil untuk mengelak pertikaian seperti kes lki Putra dan kes Nik Elin ini berlaku lagi pada masa akan datang. Ini kerana pertikaian seperti ini hanya akan menjejaskan kuasa Negeri berhubung dengan agama Islam,” katanya.

    Gambar: Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid

    Sehubungan itu, Abdul Aziz menggesa kerajaan supaya menyegerakan penubuhan jawatankuasa khas di peringkat persekutuan untuk membuat kajian tentang kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggubal undang-undang Islam dalam kerangka yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

    “Termasuklah mencadangkan pindaan terhadap perlembagaan Persekutuan dan Akta 355 berkaitan dengan bidang kuasa jenayah syariah Negeri. Ini adalah seperti mana titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sebagai pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia (MKI) sempena Mesyuarat MKI Kali ke-70 baru-baru ini,” katanya. Abdul Aziz berkata, Mais juga sentiasa komited untuk memperkasa perundangan Islam di Selangor.

    ALSO READ:  Video lelaki diserang di Sibu: Jangan spekulasi, kata polis

    Justeru, katanya, Mais menyatakan komitmen dan mengharapkan kerajaan persekutuan dapat melibatkan Majlis Agama Islam Negeri untuk bersama-sama dengan jawatankuasa khas yang dibentuk.

    “Ini adalah untuk memastikan tindakan yang menyeluruh dapat dibuat untuk menyelesaikan isu berhubung dengan kompetensi badan perundangan Negeri dalam menggubal undang-undang Islam demi untuk menjaga kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan dan agama Negeri,” katanya. Pada 25 Mei tahun lalu, Nik Elin bersama anaknya Tengku Yasmin Natasha Tengku Abdul Rahman telah memfailkan petisyen terhadap kerajaan Negeri Kelantan bagi menyemak semula 20 peruntukan kesalahan dalam enakmen tersebut. Pendengaran kes telah bermula pada 17 Ogos lalu dan akan bersambung pada 20 November ini.

    Peruntukan enakmen yang dicabar oleh Nik Elin dan anaknya, termasuk Seksyen 11 mengenai memusnahkan tempat ibadat, Seksyen 13 (menjual atau memberikan anak kepada orang bukan Islam atau orang Islam yang keji akhlaknya) dan Seksyen 14 (liwat).

    Gambar: Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid

    Peruntukan lain termasuk Seksyen 15 (hukuman liwat), Seksyen 16 (seks dengan mayat), Seksyen 17 (seks dengan bukan manusia) dan Seksyen 31 (gangguan seksual). Kesemua peruntukan tersebut bagaimanapun telah dikurangkan menjadi 18 peruntukan selepas Seksyen 5 (dakwaan palsu) dan Seksyen 37(a) (berjudi) telah digugurkan.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts