Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMais tetap tegas tarik balik tauliah Dusuki ajar agama

    Mais tetap tegas tarik balik tauliah Dusuki ajar agama

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mengumumkan bahawa mereka tetap tegas untuk menarik balik tauliah mengajar agama Islam bagi aktivis politik di Negeri ini mengikut titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

    Pengerusinya, Abdul Aziz Mohd Yusof menyatakan Mais menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 5 Oktober yang memutuskan pembatalan penarikan balik tauliah mengajar agama Islam terhadap Ustaz Dusuki Abdul Rani yang dikeluarkan oleh Mais.

    “Keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam ini berdasarkan alasan ketidakpatuhan prosedur semasa proses penarikan balik tauliah dibuat.

    “Keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam ini sama sekali tidak menyentuh dan tidak mempersoalkan penarikan balik tauliah atas titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang tidak memperkenan tauliah mengajar agama Islam diberikan kepada mana-mana aktivis politik.

    Justeru, titah Sultan Selangor ini masih berkuat kuasa di Negeri Selangor,” katanya pada kenyataan hari ini.

    Mais turut menegaskan keputusan menarik balik tauliah mengajar agama Islam terhadap Dusuki itu selaras dengan titah Sultan Selangor.

    “(Ia) berdasarkan maklumat mengenai status keaktifannya dalam parti politik termasuk tapisan keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

    “Dalam hal ini, Mais memutuskan tidak membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam atas alasan rayuan yang difailkan ini hanya bersifat akademik semata-mata kerana tempoh tauliah mengajar agama Islam Ustaz Dusuki Abdul Rani sudahpun tamat pada 30 Jun lalu,” jelasnya.

    Pada kenyataan yang sama, Abdul Aziz juga memaklumkan keputusan Jawatankuasa Tauliah Maiz yang turut menarik balik tauliah mengajar agama daripada penceramah Ustaz Abdullah Khairi.

    Katanya, keputusan Jawatankuasa Tauliah Mais itu juga dibuat selaras titah Sultan Selangor berhubung larangan pemberian tauliah kepada mana-mana aktivis politik.

    ALSO READ:  PRK Jepak: Pusat pengundian ditutup, proses kira undi bermula

    “Tindakan penarikan balik tauliah ini dibuat mengikut Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008 dan pemegang tauliah yang terkesan diberi ruang untuk membuat rayuan kepada Mais.

    “Mais menyeru semua pihak agar tidak mempolitikkan isu penarikan balik tauliah mengajar agama Islam dan menghormati titah Sultan Selangor yang tidak memperkenan tauliah mengajar agama Islam diberikan kepada mana-mana aktivis politik.

    “Ini kerana dikhuatiri ia boleh disalahgunakan untuk kepentingan mana-mana parti politik yang akhirnya akan membawa kepada fitnah, perselisihan dan perpecahan umat Islam di Negeri Selangor serta mencemarkan agama Islam,” tegasnya lagi.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts