Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMajikan kepada 171 pekerja asing tak diberi pekerjaan disenarai hitam

    Majikan kepada 171 pekerja asing tak diberi pekerjaan disenarai hitam

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Majikan yang menipu pekerja asing untuk mendapatkan pekerjaan tidak wujud di Pengerang, Johor akan disenarai hitam daripada melakukan sebarang urusan, termasuk pembaharuan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) bagi pekerja sedia ada di Jabatan Imigresen (JIM).

    Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong dalam kenyataan bersama hari ini berkata majikan berkenaan turut disenarai hitam daripada membuat permohonan penggajian pekerja asing baru di bawah Seksyen 60K Akta Kerja 1955.

    Kedua-dua Menteri itu berkata kuota pengambilan pekerja asing yang masih berbaki dan surat kelulusan bersyarat yang telah dikeluarkan kepada majikan itu dengan pulangan bayaran levi turut dibatalkan.

    Saifuddin Nasution dan Steven Sim berkata tindakan berdasarkan Akta Imigresen 1959/1963, Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007 dan Akta Kerja 1955 serta Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990, juga akan dikenakan.

    Selain itu, naziran dan inspektorat turut akan dilaksanakan terhadap mana-mana majikan yang telah membawa masuk pekerja asing menerusi Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing.

    “Tindakan-tindakan ini diambil bagi memastikan majikan-majikan melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap pekerja asing.

    “Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) memandang serius perkara ini dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam kes eksploitasi pekerja asing yang membawa kepada amalan buruh paksa dan pemerdagangan orang,” kata Saifuddin Nasution dan Steven Sim.

    Kenyataan bersama itu dikeluarkan susulan pertemuan kedua-kedua Menteri Rabu lepas bagi membincangkan mengenai dasar serta operasi pekerja asing di Malaysia secara terperinci, terutama berhubung bidang kuasa KDN dan KSM.

    Kedua-dua Menteri itu berkata ia bertujuan mencari penyelesaian terhadap kes pengabaian dan eksploitasi pekerja asing serta merangka penambahbaikan aspek pengurusan pekerja asing demi memastikan isu itu dapat ditangani secara tuntas dan holistik.

    ALSO READ:  Assistant administrator pleads guilty to submitting false claims over road project

    Menurut Saifuddin Nasution dan Steven Sim, beberapa tindakan jangka masa pendek dan panjang termasuk menambah baik akta dan dasar sedia ada akan dilaksanakan segera bagi memperkasakan pengurusan pekerja asing dengan fokus terhadap hak serta kebajikan pekerja.

    Kedua-dua Menteri itu turut memaklumkan bahawa Mesyuarat Khas antara Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia Mengenai Pengurusan Pekerja Asing akan diadakan pada 16 Jan ini, sebelum mencadangkan kepada Kabinet mengenai status pembekuan permohonan kuota penggajian pekerja asing, serta langkah penambahbaikan tatakelola pengurusan penggajian pekerja asing di negara ini.

    “Tindakan dan usaha ini adalah selaras dalam memastikan isu berhubung penggajian pekerja asing ditangani tanpa kompromi demi kedaulatan undang-undang negara,” menurut kenyataan itu.

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts