Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMajikan setuju bayar gaji lebih RM1 juta pada pekerja asing terabai

    Majikan setuju bayar gaji lebih RM1 juta pada pekerja asing terabai

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Majikan yang memperdaya lebih 700 pekerja asing di Pengerang, Johor, bersetuju membuat pembayaran gaji berjumlah lebih RM1 juta kepada pekerja berkenaan, menurut Kementerian Sumber Manusia (KSM).

    KSM dalam kenyataan hari ini memaklumkan persetujuan itu dicapai dalam prosiding yang dilaksanakan oleh pegawai dari Jabatan Tenaga Kerja Johor dengan kehadiran majikan dan pekerja serta disaksikan pegawai dari Suruhanjaya Tinggi Bangladesh.

    “Kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan bersama dengan pembayaran gaji berjumlah RM1,035,557.50 kepada pekerja berkenaan.

    “Kejayaan prosiding ini menjadi satu kes bersejarah yang akan menjadi rujukan dalam kes buruh selepas ini kerana ia melibatkan pekerja asing yang dibawa masuk secara sah tetapi tidak diberikan pekerjaan setiba mereka dalam negara dan diabaikan,” menurut kenyataan itu.

    Menurut KSM majikan yang didapati bersalah akan disenarai hitam oleh pihak berkuasa dan baki kuota pekerja asing akan dibatalkan.

    Pada 5 Feb lepas, KSM melalui Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) telah menjalankan prosiding pendengaran kes tuntutan buruh yang melibatkan seramai 733 pekerja asing di Johor.

    Tuntutan yang difailkan melibatkan bayaran gaji yang belum dibayar sejak mereka dibawa masuk ke dalam negara dan tidak diberi pekerjaan seperti dijanjikan.

    Kementerian itu turut menegaskan pekerja yang dibawa masuk dan tidak diberikan pekerjaan masih menjadi tanggungjawab majikan untuk membayar gaji pekerja seperti ditegaskan oleh Menteri Sumber Manusia pada 16 Jan lepas semasa mengulas mengenai kes itu.

    Selain itu, pihak syarikat juga akan menempatkan pekerja tersebut kepada majikan baru melalui Proses Pertukaran Majikan (PTM) Khas yang akan dibantu oleh JTKSM.

    Menurut KSM pihaknya tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar perundangan perburuhan dan memastikan kebajikan pekerja sentiasa terjamin.

    ALSO READ:  Empat wanita dikait dengan 'Hot Daddy' didenda miliki video lucah

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time šŸš€

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts