Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMajikan tak muncul, 33 pekerja asing terkandas kali kedua di KLIA

    Majikan tak muncul, 33 pekerja asing terkandas kali kedua di KLIA

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Impian 33 pekerja asing dari India bekerja di Malaysia tidak kesampaian selepas pihak majikan yang didakwa tidak muncul untuk mengambil mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam. Ini kedua kalinya majikan tersebut didakwa tidak muncul untuk menjemput pekerjanya.

    “Kali pertama sebahagian kami datang ke Malaysia pada 14 Jan. Kami diberitahu oleh ejen pekerja dari India, sebuah pengilang perabot (knock down furniture). Tapi, setelah kami turun di KLIA, pegawai imigresen beritahu kami terpaksa dihantar pulang kerana majikan tidak datang untuk mengambil,” kata seorang individu warga India yang hanya mahu dikenali sebagai Kumaresan yang kini berada di KLIA.

    Katanya, mereka pulang pada keesokan hari (15 Jan) dengan membeli tiket menggunakan duit sendiri. Menurut Kumaresan, kemudian ejen dari India telah menghubungi mereka dan memberitahu bahawa majikan kini sedia ambil semula untuk bekerja di Malaysia. “Semalam, kami seramai 33 datang ke KLIA dan dikejutkan apabila sekali lagi majikan tidak datang.

    Menurut Kumaresan, mereka tidak mahu pulang kerana mereka datang ke Malaysia secara sah dan mereka mahukan bekerja di Malaysia. Mereka telah belanja banyak untuk bekerja di Malaysia. Ketika dihubungi, seorang wakil syarikat itu yang enggan dinamakan berkata pihaknya tidak memohon pengambilan pekerja berkenaan. “Sebenarnya, akaun FWCMS syarikat kami telah digodam sebanyak dua kali oleh pihak yang tidak dapat dikesan.

    Menurut pengurus itu lagi, pada 1 Jan 2024 pihaknya mendapati VDR (Visa Dengan Rujukan) syarikat tersebut telah digodam membawa masuk 77 pekerja asing dari India. Wakil syarikat itu juga berkata kes kedua berlaku pada 14 Jan 2024 lalu apabila didapati 33 pekerja asing India tiba lagi di KLIA dengan menggunakan VDR syarikat tersebut.

    ALSO READ:  PRN selesai, cuti umum di 5 negeri

    Sementara itu, pengendali sistem FWCMS, Bestinet berkata pihaknya memberi jaminan untuk memberikan kerjasama penuh sekiranya diperlukan menyelesaikan isu tersebut.

    Ketika dihubungi Ketua Pegawai Eksekutif Ismail Mohd Noor berkata Bestinet kesal dengan tindakan pihak yang mengambil kesempatan serta melanggar undang-undang seterusnya mendatangkan masalah kepada pihak berkuasa serta pekerja-pekerja asing. “Bestinet mengesahkan bahawa tiada sebarang masalah teknikal dalam Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) yang dikenal pasti,” katanya. Menurutnya, selepas kes yang pertama pada bulan Januari, Bestinet telah memberikan kerjasama dengan pihak berkuasa berhubung isu penyalahgunaan nama syarikat berkenaan dalam pengambilan pekerja asing serta menyerahkan rekod sistem FWCMS, MyImms dan senarai nombor kelulusan visa kepada pihak polis.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts