Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 5, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMajlis Media perlu ditubuh dulu sebelum beri maklum balas - Premesh 

    Majlis Media perlu ditubuh dulu sebelum beri maklum balas – Premesh 

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Keputusan kerajaan memberi hak kepada Jabatan Penerangan (Japen) untuk membatalkan kad perakuan media hanya boleh dibuat selepas penubuhan Majlis Media Malaysia.

    “Jawatankuasa penaja Majlis Media memberi maklum balas kepada kod etika Jabatan Penerangan.

    “Namun begitu, sebarang pengesahan (sokongan) hanya boleh dibuat oleh Majlis Media setelah dibentuk,” kata pengerusi penajanya Premesh Chandran.


    Menulis di X, Premesh juga berkata draf Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media memberi kuasa kepada majlis untuk merangka kod etika sendiri dan menguatkuasakan sewajarnya.

    Japen pula, katanya, kekal sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan pas media.

    Terdahulu kerajaan melancarkan kod etika wartawan sebagai garis panduan untuk agensi media melaksanakan tugas.

    Namun, keputusan kerajaan memberi kuasa kepada Japen untuk membatalkan kad perakuan media menarik perhatian pengamal media.

    Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata kerajaan kini dalam fasa terakhir untuk membawa RUU Majlis Media ke kabinet.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts