Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMalaysia Airline benarkan penumpang bawa makanan sendiri

    Malaysia Airline benarkan penumpang bawa makanan sendiri

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Penumpang Malaysia Airlines dibenarkan membawa makanan sendiri dalam penerbangan semasa tempoh peralihannya kepada penyedia perkhidmatan katering baharu, kata Malaysia Airlines Bhd (MAB). Bagaimanapun, makanan yang perlu dipanaskan sendiri dan makanan tidak halal adalah dilarang, katanya menerusi pautan Soalan Kerap Ditanya (FAQ) yang disiarkan di laman web https://www.malaysiaairlines.com.

    Syarikat penerbangan itu berkata, pilihan makanan dan minuman (F&B) lain adalah tertakluk kepada syarat bagi cecair, aerosol dan gel yang tidak boleh melebihi 100 mililiter bagi penumpang antarabangsa yang berlepas daripada, atau transit di lapangan terbang antarabangsa di Malaysia.

    “Bagi mereka yang memesan makanan khas, pilihan itu tidak tersedia buat masa ini. Oleh itu, kami membenarkan mereka untuk membawa makanan sendiri. Saranan ini hanya kepada laluan yang terjejas,” katanya ketika dihubungi Bernama.

    Malaysia Airlines telah menamatkan kerjasama yang terjalin sejak dahulu lagi dengan penyedia perkhidmatan makanan Brahim’s Food Services (BFS) yang beribu pejabat di Kuala Lumpur, dan dalam tempoh peralihan kepada perkhidmatan katering baharu bagi laluan domestik dan antarabangsa terpilih dalam rangkaian Malaysia Airlines.

    Bagi memastikan keselesaan dan pengalaman menyeluruh pelanggan hanya mengalami gangguan yang minimum, MAB akan menawarkan pilihan F&B alternatif di samping giat mendapatkan penyedia perkhidmatan baharu yang seiring dengan komitmen teguhnya dalam menyediakan pengalaman pelanggan yang premium.

    Dalam tempoh peralihan ini, penumpang masih dibekalkan dengan hidangan atau makanan dan minuman ringan dalam penerbangan, katanya.

    Bagaimanapun, pelanggan yang terjejas dengan perubahan makanan yang ditawarkan termasuk bagi laluan domestik dan antarabangsa terpilih yang dikendalikan oleh Malaysia Airlines, akan menerima tawaran makanan yang diubah semula dan makanan prabungkus, bergantung kepada kelas perjalanan dan tempoh penerbangan, katanya.

    ALSO READ:  Menteri: 218 projek bina semula sekolah daif di Sabah selesai

    Makanan prabungkus akan ditawarkan untuk penerbangan yang singkat, bergantung kepada kelas perjalanan dan tempoh penerbangan, manakala makanan yang diubah semula akan disediakan untuk penerbangan lebih panjang.

    Sehubungan itu, MAB menasihatkan penumpang yang terjejas untuk mengemas kini butiran untuk dihubungi di ‘My Booking’ pada laman web berkenaan bagi memastikan mereka menerima kemas kini pada waktunya menerusi e-mel dan khidmat pesanan ringkas.

    Pada 30 Ogos, Malaysia Aviation Group (MAG) selaku syarikat induk MAB memaklumkan akan mengaktifkan Pelan Kelangsungan Perniagaan (BCP) bagi perkhidmatan sajian makanan dalam penerbangan di laluan terpilih di bawah MAB berkuat kuasa pada 1 Sept 2023 susulan penamatan lanjutan kontraknya dengan BFS pada 31 Ogos 2023.

    Kumpulan penerbangan itu juga menyifatkan BCP berkenaan sebagai menandakan berakhirnya legasi kerjasama perkhidmatan katering yang sebelum ini disediakan oleh BFS bagi laluan domestik dan antarabangsa terpilih dalam rangkaian MAB.

    Menurut MAG, dalam tempoh peralihan ini, MAB akan menyediakan F&B alternatif penerbangan bagi laluan terbabit bagi memastikan kelancaran operasi selain meminimumkan sebarang potensi impak ke atas keselesaan dan pengalaman pelanggan.

    Laluan lain akan terus mendapat perkhidmatan yang disediakan oleh penyedia sedia ada, POS Aviation, katanya.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts