Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMalaysia kutuk serangan pengebom bunuh diri di Ankara

    Malaysia kutuk serangan pengebom bunuh diri di Ankara

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Malaysia mengutuk dengan keras insiden serangan pengebom bunuh diri di Ankara, Turki pada Ahad yang melukai dua pegawai polis, kata Kementerian Luar (Wisma Putra).

    “Malaysia bersolidariti dengan kerajaan Turki dan masyarakat antarabangsa untuk menentang setiap tindakan keganasan yang bertujuan menggangu proses politik yang sah,” menurut kenyataan kementerian pada Isnin.

    Agensi Anadolu melaporkan seorang pengebom bunuh diri meletupkan dirinya di hadapan Direktorat Keselamatan di Ankara pada 9.30 pagi waktu tempatan.

    Dua anggota polis mengalami kecederaan ringan, manakala seorang pengganas telah dibunuh oleh pasukan keselamatan.

    Wisma Putra telah mengesahkan bahawa tiada laporan yang melibatkan rakyat Malaysia dalam kejadian ini.

    Kedutaan Malaysia di Ankara sedang mengikuti perkembangan tersebut dan sedang berhubung dengan pihak berkuasa tempatan bagi mendapatkan maklumat lanjut.

    “Rakyat Malaysia di Turki dinasihatkan untuk berhati-hati dan sentiasa mematuhi nasihat perjalanan pihak berkuasa tempatan,” menurut kenyataan itu.

    Bagi rakyat Malaysia di Turki yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Ankara di 00 (90-312) 44635 47 / 48 atau 00 (90 – 5078128406) (Mobile) atau emel [email protected].

    Mereka juga boleh menghubungi Konsulat Jeneral di Istanbul di 00 (90-212) 989 10 01 atau emel [email protected].

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts