Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMalaysia sambut baik ICJ arah Israel henti serang Rafah

    Malaysia sambut baik ICJ arah Israel henti serang Rafah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    ICJ juga mengarahkan Israel supaya mengekalkan pembukaan pintu sempadan di Rafah bagi penyaluran bantuan kemanusiaan tanpa halangan.Malaysia mengalu-alukan langkah sementara tambahan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), termasuk arahan supaya Israel menghentikan dengan segera serangan tenteranya di Rafah.

    Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar berkata ICJ juga mengarahkan Israel supaya mengekalkan pembukaan pintu sempadan di Rafah bagi penyaluran bantuan kemanusiaan tanpa halangan.

    “Malaysia mengalu-alukan langkah sementara tambahan yang dikeluarkan oleh ICJ berkenaan permohonan Konvensyen Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid di Gaza (Afrika Selatan lwn Israel).

    “Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa untuk meningkatkan tekanan ke atas Israel supaya mematuhi langkah-langkah sementara tambahan yang telah diputuskan oleh ICJ kerana kegagalan Israel untuk mematuhi arahan berkenaan adalah satu penghinaan terhadap undang-undang antarabangsa,” menurut kenyataan itu.

    ICJ juga mengarahkan Israel untuk memastikan akses tanpa halangan kepada mana-mana suruhanjaya siasatan, misi pencarian fakta atau badan siasatan yang diberi mandat oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menjalankan siasatan genosid di Gaza.

    ICJ turut mengarahkan Tel Aviv untuk melaporkan tindakan yang telah diambil Israel mengenai arahan mahkamah dalam tempoh sebulan.

    Wisma Putra berkata Malaysia kekal komited dalam memperjuangkan isu Palestin dan akan meneruskan usaha ke arah penubuhan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat, berdasarkan sempadan pra-1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara dan Palestin diterima sebagai Anggota penuh PBB.

    Presiden ICJ, Hakim Nawaf Salam berkata Israel perlu segera menghentikan serangan ketenteraannya atau sebarang tindakan lain di wilayah Rafah yang boleh membawa kemusnahan fizikal secara keseluruhan atau sebahagian kepada penduduk Palestin di Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).

    Hakim membacakan perintah mengenai langkah sementara tambahan yang diminta oleh Afrika Selatan dalam kes genosid terhadap Israel.

    ALSO READ:  PJD Link: Afif dakwa pemaju boleh tuntut pampasan RM100j

    ICJ berkata pengubahsuaian dalam perintah pada 28 Mac adalah berdasarkan perubahan keadaan akibat serangan di Rafah, iaitu pelarian Palestin telah berlindung daripada peranang yang bermula pada Oktober.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts