Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMalaysia sasar tarik unicorn global dengan ‘Unicorn Golden Pass’ - Rafizi

    Malaysia sasar tarik unicorn global dengan ‘Unicorn Golden Pass’ – Rafizi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Malaysia menyasarkan untuk menarik unicorn global memasuki Malaysia dengan “Unicorn Golden Pass” supaya pekerjaan berkemahiran tinggi dan bernilai tinggi dapat diwujudkan, selain membangunkan saluran perhubungan usahawan masa depan dan pemimpin kanan dalam teknologi, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

    “Melalui pelabur dan bakat yang sesuai di Malaysia, kita akan menjadikan Malaysia sebagai pangkalan Asia Tenggara bagi syarikat teknologi global, dengan Unicorn Golden Pass,” katanya dalam ucap tama pada Sidang Kemuncak KL20 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.

    Sehubungan itu, beliau berkata, Malaysia menawarkan pakej insentif, termasuk pengecualian yuran untuk pas penggajian bagi pengurusan kanan, sewa bersubsidi, kadar cukai konsesi terhadap keuntungan korporat, perkhidmatan penempatan semula, dan concierge syarikat pemula niaga yang menguruskan pendaftaran belakang tabir pada permulaan.

    Beliau berkata KL20 mewakili hasrat negara untuk membawa Malaysia dalam 20 ekosistem syarikat pemula niaga terbaik dunia dan dalam konsep ini merupakan penekanan kepada pragmatisme serta tindakan.

    Menurut Rafizi, KL20 menjangkau rancangan dan pelan tindakan, malah dilengkapi dengan tindakan yang bermula hari ini, termasuk “VC Golden Pass,” “Innovation Pass,” “Unicorn Golden Pass,” “GPU Scheme,” “Innovation Belt” dan “Single Window.”

    “Selain Kertas Analisis yang akan kami lancarkan hari ini, kami akan memperkenalkan skim yang boleh digunakan serta-merta,” katanya.

    Pelan Tindakan KL20 menggariskan inisiatif baharu yang akan mempercepat bidang kritikal ekosistem syarikat pemula niaga iaitu modal, bakat dan kualiti syarikat pemula niaga.

    “Matlamatnya adalah untuk Malaysia menjadi destinasi pilihan modal peringkat awal dan pertumbuhan; menjadi pusat usahawan bertaraf dunia dan bakat berkemahiran; dan sebagai lokasi bagi syarikat pemula niaga terkemuka dunia yang ingin bermula, berkembang dan berskala,” katanya.

    Menerusi “VC Golden Pass,” beliau berkata kerajaan mahu pemodal teroka terkemuka dunia, dengan kecanggihan sumber teroka dan capaian global, menjadikan Malaysia sebagai lokasi.

    ALSO READ:  Logo DAP di replika cek sumbangan sekolah, Nga kata 'tiada isu'

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts