Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMalaysiakini raih pingat gangsa Anugerah Putra Aria Brands

    Malaysiakini raih pingat gangsa Anugerah Putra Aria Brands

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Malaysiakini telah memenangi pingat gangsa Anugerah Putra Aria Brands tahun ini untuk populariti penjenamaannya pada 2023.

    Portal berita ini dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga dalam kategori Rangkaian Media, yang membawa pulang trofi dan sijil. Pemenang juga berhak menggunakan logo rasmi anugerah itu untuk tujuan pengiklanan.

    Ketua Operasi Malaysiakini, Tham Seen Hau mewakili portal berita ini menerima anugerah tersebut semasa majlis makan malam di sebuah hotel di Petaling Jaya awal hari ini.

    Pengerusi penganjur, Johnny Mun, percaya bahawa Malaysiakini dipilih oleh pengguna kerana ia dianggap sebagai platform rakyat.

    “Orang ramai suka membaca Malaysiakini atas pelbagai sebab. Saya juga suka membaca Malaysiakini untuk laporan siasatannya.”

    “Disebabkan itu, ia adalah platform cemerlang untuk kami menjadi sebahagian daripadanya,” katanya semasa ditemui pada majlis itu.

    Mun berkata terdapat kira-kira 150 anugerah (emas, perak dan gangsa) merentasi 24 kategori, dengan pemenang dipilih oleh lebih 12,000 responden yang menyertai pengundian dalam talian yang dijalankan tahun lepas.

    Tinjauan itu dikendalikan oleh firma penyelidikan pasaran global bebas Ipsos.

    “Wang tidak boleh membeli anugerah ini, sebab itu ia dipanggil anugerah pilihan rakyat,” katanya lagi.

    Tham Seen Hau

    Tham menegaskan bahawa Malaysiakini berbesar hati menerima anugerah tersebut dan mengucapkan tahniah kepada pasukannya atas usaha membangun jenama yang diiktiraf.

    Dia berkata pengguna yang mengundi Malaysiakini merupakan pengiktirafan terhadap kualiti kewartawannya.

    Malaysiakini amat berbesar hati kerana kami menerima anugerah ini. Ini sebenarnya berdasarkan undian rakyat, ia benar-benar menunjukkan Malaysiakini adalah jenama yang diiktiraf.

    “Ia juga pada asasnya pengiktirafan jenis kewartawanan berkualiti dan kewartawanan yang baik yang kami lakukan.

    “Jadi kami sangat berbesar hati dan sangat gembira dengan anugerah ini,” katanya.

    ALSO READ:  Menyamar penjual susu lembu sebelum samun rantai emas

    Tham turut menyatakan bahawa tahun ini juga merupakan ulang tahun ke-25 bagi Malaysiakini, dan mereka bercadang untuk terus berusaha sebagai portal berita yang dipercayai dalam negara.

    “Kami mencapai apa yang kami ada hari ini kerana pengasas kami, kerana dedikasi dan pengorbanan yang mereka lakukan. Lebih penting, ini adalah hasil kerja kami, pasukan Malaysiakini.

    “Jadi untuk sasaran Malaysiakini bergerak ke hadapan, saya rasa adalah untuk kita terus berkembang untuk mengekalkan kedudukan kita sebagai nombor satu, (kerana) kita sudah pun nombor satu dalam pasaran dari segi capaian trafik.

    “Kami akan cuba berusaha untuk mengekalkan status itu tetapi yang lebih penting, dari segi kewartawanan yang berkualiti, kami benar-benar mahu menambah baik dan menjadikan Malaysiakini jenama yang lebih dikenali di seluruh dunia,” katanya.

    Berdasarkan laman web rasminya, Anugerah Putra Aria Brands ditubuhkan pada 2022 oleh Persatuan Ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As) untuk memberi perkhidmatan yang cekap dan inklusif kepada komuniti pemasaran dengan menonjolkan usaha penjenamaan merentas semua segmen.

    Anugerah ini adalah satu daripada dua pengiktirafan yang disahkan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) sebagai Rakan Juara Jenamanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts