Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMalik Dasthigeer lapor polis dikait dengan 'raja dadah' India

    Malik Dasthigeer lapor polis dikait dengan ‘raja dadah’ India

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ahli perniagaan Datuk Abdul Malik Dasthigeer atau lebih dikenali sebagai Datuk Malik, telah membuat laporan polis selepas dikaitkan dengan individu disyaki ‘raja dadah’ India.

    Datuk Malik secara tegas menafikan sebarang pertemuan atau perbualan dengan individu tersebut melalui perkongsian di media sosialnya.

    Beliau menyatakan, “Saya seorang ahli perniagaan di Malaysia dan pihak tertentu cuba menjatuhkan imej saya dalam dunia perniagaan, terutamanya dalam industri filem.”

    Selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Datuk Malik juga menghantar salinan laporan kepada Suruhanjaya Tinggi India bagi tindakan lanjut terhadap penyebar berita palsu tersebut.

    Sebuah portal berita dalam talian sebelum ini mendakwa bos kepada ‘raja dadah India’ yang merupakan pengedar filem warga Malaysia, mempunyai hubungan rapat dengan selebriti industri filem Tamil dan kini berada di negara ini.

    Kisah ini berikutan penahanan seorang lelaki oleh Lembaga Kawalan Narkotik (NCB) India atas tuduhan terlibat dalam penyeludupan dadah antarabangsa termasuk di Malaysia.

    Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Noor Dellhan Yahaya, mengesahkan penerimaan laporan berkaitan dengan kes ini.

    Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Khaw Kok Chin, menafikan penglibatan penduduk tempatan dalam kes tersebut selepas penahanan penerbit filem di India yang disyaki terlibat dalam pengedaran dadah antarabangsa termasuk di Malaysia.

    Beliau menjelaskan bahawa setakat ini, tidak terdapat maklumat mengenai kaitan penerbit filem tersebut dengan mana-mana individu dalam aktiviti pengedaran dadah di Malaysia.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts