Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines‘Malu apa ketua pembangkangku’

    ‘Malu apa ketua pembangkangku’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Mohd Puad Zarkashi kasihan dengan gelagat ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) di Dewan Rakyat beberapa hari lalu yang “terjerit-jerit” meminta peruntukan daripada kerajaan. Katanya, mereka seharusnya mempersoalkan mengenai peruntukan mereka kepada Ketua Pembangkang, Hamzah Zainudin yang didakwa menolak sebarang rundingan berkaitan hal itu.

    “Kesian tengok gelagat Ahli Parlimen PN. Merengek dan terjerit jerit minta PMX bagi peruntukan khas kepada ahli parlimen pembangkang. Terdedah pekung di dada kerana duit peruntukan mahu digunakan untuk melawat orang mati dan menghadiri majlis perkahwinan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

    Anwar pada sesi ucapan penggulungan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) mengingatkan pembangkang supaya tidak angkuh dan sombong untuk mendapatkan peruntukan daripada kerajaan. Namun, katanya, mereka perlu berunding dengan kerajaan sebagaimana dilakukan ketika kerajaan di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob sekiranya mahukan dana seperti dibangkitkan.

    “PMX (Perdana Menteri, Anwar Ibrahim) setuju bagi peruntukan setelah berunding dengan Hamzah selaku ketua pembangkang. Tetapi Hamzah menolak untuk berunding,” kata Puad sambil menambah Hamzah semasa menjadi Menteri tidak membantah ketika Ismail Sabri berunding dengan Anwar.

    Anwar sebelum ini juga memaklumkan bahawa Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof turut ditugaskan untuk berunding dengan wakil pembangkang berhubung isu pengagihan peruntukan berkenaan. Selain itu, tiga ahli Parlimen PN juga dilantik untuk mengadakan rundingan mengenai jumlah peruntukan yang bakal diterima wakil rakyat pembangkang.

    Mengulas lanjut, Puad bagaimanapun, berkata dana berkenaan tidak seharusnya diberikan terus atau dimasukkan ke akaun pusat khidmat ahli parlimen pembangkang. “Takut ada yang guna, ‘Wallahi saya undi PAS. Ahli Parlimen PN patut tanya Hamzah kenapa tolak perundingan. Yang penting dapat peruntukan. Malu apa Ketua Pembangkangku,” sindirnya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts