Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMangsa banjir di Johor meningkat 1,024 orang malam ini

    Mangsa banjir di Johor meningkat 1,024 orang malam ini

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Jumlah mangsa banjir di Johor terus meningkat kepada 1,024 orang di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 malam ini berbanding 330 orang di tujuh PPS pada 2 petang tadi.

    Berdasarkan laporan terkini kejadian bencana di seluruh negara yang dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), 13 PPS yang dibuka itu termasuk empat di Johor Bahru yang menempatkan 404 mangsa, enam di Kota Tinggi (348 mangsa), dua di Mersing (212 mangsa) dan satu di Kluang (60 mangsa).

    Menurut Nadma, status Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati tiga sungai berada pada paras bahaya iaitu Sungai Endau, Kluang, Johor yang merekodkan 14.57 meter (m) dengan trend meningkat; Sungai Perak, Hulu Perak, Perak (112.06m dengan trend menurun) dan Sungai Arau, Arau Perlis (23.47m) dengan trend meningkat) setakat malam ini.

    Laporan itu juga menyatakan terdapat 26 jalan ditutup akibat bencana banjir, jambatan rosak atau runtuh dan akibat tanah runtuh.

    Jalan terlibat antaranya Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Kupang-Gerik-Jeli di Hulu Perak, Perak; Jalan Kota Tinggi-Kluang di Kluang, Johor; Jalan Bukit Kayu Hitam-Bukit Tangga-Sintok di Kubang Pasu, Kedah dan Jalan Temerloh-Jerantut di Pahang.

    – Bernama

    Jumlah mangsa banjir di Johor terus meningkat kepada 1,024 orang di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 malam ini berbanding 330 orang di tujuh PPS pada 2 petang tadi.

    Berdasarkan laporan terkini kejadian bencana di seluruh negara yang dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), 13 PPS yang dibuka itu termasuk empat di Johor Bahru yang menempatkan 404 mangsa, enam di Kota Tinggi (348 mangsa), dua di Mersing (212 mangsa) dan satu di Kluang (60 mangsa).

    ALSO READ:  China kecualikan visa untuk 6 negara termasuk Malaysia

    Menurut Nadma, status Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati tiga sungai berada pada paras bahaya iaitu Sungai Endau, Kluang, Johor yang merekodkan 14.57 meter (m) dengan trend meningkat; Sungai Perak, Hulu Perak, Perak (112.06m dengan trend menurun) dan Sungai Arau, Arau Perlis (23.47m) dengan trend meningkat) setakat malam ini.

    Laporan itu juga menyatakan terdapat 26 jalan ditutup akibat bencana banjir, jambatan rosak atau runtuh dan akibat tanah runtuh.

    Jalan terbabit antaranya Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Kupang-Gerik-Jeli di Hulu Perak, Perak; Jalan Kota Tinggi-Kluang di Kluang, Johor; Jalan Bukit Kayu Hitam-Bukit Tangga-Sintok di Kubang Pasu, Kedah dan Jalan Temerloh-Jerantut di Pahang.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts