Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, September 10, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMangsa banjir di K'tan, T'ganu berkurangan

    Mangsa banjir di K’tan, T’ganu berkurangan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Jumlah mangsa banjir di empat Negeri menunjukkan penurunan pagi ini dengan 14,891 orang masih berlindung di 60 pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 16,919 mangsa, tengah malam tadi. Menurut makluman terkini Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kelantan kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 13,976 orang yang ditempatkan di 40 PPS di empat jajahan, iaitu Pasir MAS, Kuala Krai, Tumpat dan Jeli. Keadaan ini jauh berbeza berbanding pada pagi 28 Disember lalu, apabila jumlah mangsa banjir di lima Negeri mencecah 28,032 orang yang ditempatkan di 137 PPS, dengan Kelantan mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 21,377 orang.

    Sementara itu, Terengganu merekodkan penurunan jumlah mangsa banjir kepada 715 orang daripada 195 keluarga yang berlindung di 12 PPS pada jam 8.11 pagi pagi ini berbanding 862 orang tengah malam tadi di tiga daerah yang terjejas iaitu Dungun, Kuala Terengganu dan Marang. Jumlah mangsa banjir di Johor pula pada pagi ini kekal sejak tengah malam tadi membabitkan 55 mangsa daripada 15 keluarga yang masih ditempatkan di dua PPS di daerah Segamat. Di Pahang, terdapat sedikit peningkatan jumlah mangsa di daerah iaitu Bera, Maran dan Temerloh kepada 145 mangsa daripada 40 keluarga yang ditempatkan di enam PPS setakat jam 11.12 pagi ini berbanding 120 mangsa malam tadi.

    Bagi tinjauan situasi status Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran, lima sungai di Kelantan iaitu Sungai Golok Pasir Mas, Sungai Golok Tanah Merah, Sungai Kelantan Kota Bharu, Sungai Kelantan Jeli dan Sungai Kelantan Gua Musang masih berada pada paras bahaya. Sungai Terengganu, Kuala Terengganu juga berada di paras bahaya setakat 6 pagi tadi. Sementara itu, Bernama melaporkan terdapat 52 jalan ditutup akibat insiden banjir dan tanah runtuh. Antara jalan-jalan yang terlibat adalah Jalan Jabi-Bukit Tempurung, Segamat di Johor, Jalan Jeli-Dabong (Kelantan), Jalan Bukit Besi-Dungun (Terengganu) dan Jalan Kuala Lumpur-Bentong (Jalan Lama Bentong) di Pahang.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,264FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts