Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMangsa banjir di Perak menurun pagi ini

    Mangsa banjir di Perak menurun pagi ini

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Jumlah mangsa banjir di Perak menurun kepada 100 mangsa daripada 29 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 529 mangsa melibatkan 163 keluarga, malam tadi.

    Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak dalam kenyataan hari ini memaklumkan lima pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di dua daerah terjejas iaitu empat di Taiping dan satu di Kuala Kangsar.

    Di Taiping, katanya, seramai 66 orang daripada 22 keluarga masih ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Batu Hampar Trong, Sekolah Kebangsaan (SK) Matang, Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Baru Trong dan SK Temerlok Trong.

    Sementara itu, di Kuala Kangsar, seramai 34 mangsa daripada tujuh keluarga ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Talang Masjid.

    Kenyataan itu turut memaklumkan dua jalan iaitu FT 004 Jalan Raya Timur Barat (Kupang Gerik-Jeli) dan FT 1152 Felda Trolak Selatan, masing-masing dibuka satu lorong akibat kejadian tanah runtuh.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts