Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, November 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMangsa banjir Johor, Pahang meningkat 5,755 pagi ini

    Mangsa banjir Johor, Pahang meningkat 5,755 pagi ini

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Jumlah mangsa banjir di Johor dan Pahang meningkat sedikit kepada 5,755 orang yang berlindung di 44 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 6 pagi ini, berbanding 5,749 orang yang berada di 41 PPS tengah malam tadi.

    Menurut laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), jumlah itu meliputi 4,982 mangsa daripada 1,390 keluarga yang berlindung di 35 PPS di enam daerah di Johor dan 773 mangsa daripada 230 keluarga di sembilan PPS di Pahang.

    Di Johor, sebanyak 3,773 mangsa berlindung di 24 PPS di Kota Tinggi manakala jumlah mangsa di Mersing melibatkan 620 orang di empat PPS, Kluang (350 orang di tiga PPS), Segamat (89 orang di dua PPS) sementara masing-masing sebuah PPS beroperasi di Batu Pahat bagi menempatkan 70 mangsa dan 80 mangsa (Johor Bahru).

    Di Pahang, sebanyak 15 orang berada di sebuah PPS di Maran, 570 orang melibatkan empat PPS di Pekan dan 188 lagi di empat PPS di Rompin.

    Sementara itu, tinjauan situasi status Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati beberapa sungai di Johor mencatatkan paras bahaya iaitu Sungai Johor dan Sungai Sedili Kecil (Kota Tinggi), Sungai Endau (Kluang) serta Sungai Tenglu Besar dan Sungai Jemaluang (Mersing).

    Sungai Pahang di Bera, Pekan dan Maran serta Sungai Rompin adalah antara yang mencatatkan paras bahaya, selain Sungai Kedah Kota Setar (Kedah), Sungai Perak di Hulu Perak (Perak), Sungai Arau di Arau (Perlis) dan Sungai Terengganu di Kuala Terengganu.

    Laporan itu turut memaklumkan terdapat 56 jalan ditutup akibat bencana banjir, jambatan rosak dan tanah runtuh antaranya Jalan Johor Bahru-Endau di Kota Tinggi, Johor; Trolak Selatan di Batang Padang, Perak dan Jalan Kuala Mentiga – Terapai di Pekan, Pahang.

    ALSO READ:  MIC bidas pegawai didakwa 'kurang ajar', timb Menteri nafi

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts