Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, November 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMangsa banjir Kedah menurun 1,550 orang

    Mangsa banjir Kedah menurun 1,550 orang

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah berkurangan kepada 1,550 orang daripada 468 keluarga berbanding 1,908 orang daripada 576 keluarga, pagi tadi.

    Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata kesemua mangsa dari daerah Kubang Pasu, Pokok Sena, Baling dan Kota Setar itu ditempatkan di 12 PPS.

    Beliau berkata di Kubang Pasu terdapat satu PPS yang masih beroperasi iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Malau manakala PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun dan Dewan PPK Lubuk Batu telah ditutup sepenuhnya, petang tadi.

    “PPS di Pokok Sena pula di SK Bukit Hijau dan Maahad Tarbiyah Derang masih menempatkan mangsa banjir manakala SK Permatang Limau yang dibuka Rabu lalu telah ditutup sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan di Alor Setar, malam ini.

    Muhammad Suhaimi berkata PPS di Baling melibatkan SK Iboi, SMK Jerai, SK Kampung Keda dan Surau Annur.

    “Di Kota Setar, PPS melibatkan SK Taman Aman, SMK Kepala Batas, SK Seri Gunung, SK Titi Gajah dan SMK Alor Merah,” katanya.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts