Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, September 18, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMangsa banjir S'wak meningkat petang ini

    Mangsa banjir S’wak meningkat petang ini

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Situasi banjir di kawasan selatan Sarawak mencatatkan pertambahan jumlah mangsa dan pusat pemindahan sementara (PPS), setakat 5.30 petang tadi.

    Berdasarkan laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, jumlah PPS di Negeri itu meningkat kepada tiga berbanding dua pada pagi tadi susulan pembukaan PPS Dewan Masyarakat Stapok, di Kuching lewat tengah hari.

    Menurut JPBN Sarawak jumlah mangsa banjir meningkat kepada 191 orang daripada 54 keluarga berbanding 18 orang daripada enam keluarga tengah hari tadi.

    “Buat masa ini, dua PPS melibatkan kawasan Kuching iaitu Dewan Kampung Sinar Budi Baru dan Dewan Masyarakat Stapok yang masing-masing menempatkan 34 dan 135 mangsa.

    “Satu lagi PPS diaktifkan di Bau iaitu Dewan Kampung Segong yang menempatkan enam mangsa,” menurut laporan itu hari ini.

    Hujan berterusan sejak 3 pagi tadi mengakibatkan beberapa kawasan di selatan Negeri itu mengalami banjir.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,255FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts