Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMangsa curi dakwa diminta tukar seluar dulu sebelum lapor polis - Laporan

    Mangsa curi dakwa diminta tukar seluar dulu sebelum lapor polis – Laporan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang lelaki mendakwa anggota polis meminta dia menukar seluar panjang terlebih dahulu ketika mahu membuat laporan mengenai kejadian kecurian dan insiden keretanya dipecahkan oleh penjenayah malam tadi. Menurut laporan China Press, Shim yang berusia 34 tahun sedang menjamu selera di sebuah pusat penjaja di Bukit Tambun, Pulau Pinang bersama keluarganya sebelum mendapati cermin keretanya dipecahkan sebaik kembali ke kenderaannya itu. Dalam kejadian itu Shim kehilangan wang tunai berjumlah RM800 dan pasport isterinya yang merupakan warganegara China turut lesap. “Selepas kejadian, saya segera pergi melaporkan kejadian itu di balai polis Simpang Ampat. Anggota polis yang berkawal bertanya dengan pegawai polis di dalam balai dan beritahu saya untuk membuat laporan di balai polis Tambun. Saya tanya kepada anggota itu sama ada boleh buat laporan di situ memandangkan saya sudah berada di luar balai polis, dan anggota itu menyuruh saya pulang dan menukar seluar panjang terlebih dahulu. Saya difahamkan mesti pakai seluar panjang di balai polis, tapi saya pakai seluar pendek untuk makan di luar ketika kecemasan itu berlaku dan bergegas ke balai polis untuk membuat laporan polis.”Adakah wajar menyuruh seseorang pulang ke rumah dan menukar seluar panjang ketika berlaku kecemasan, supaya mereka boleh membuat laporan polis?” Shim dilaporkan memberitahu China Press. Menurut laporan media, Shim kembali ke tempat kejadian bersama keluarganya selepas dilarang memasuki balai polis Simpang Ampat, dan kemudian memeriksa semak samun berhampiran dengan harapan pencuri meninggalkan pasport isterinya di situ. “Nasib baik anggota polis Tambun yang membuat rondaan ternampak anak saya (mencari dalam semak), dan selepas mengetahui apa yang berlaku, menyuruh saya membuat laporan di balai polis Tambun segera,” katanya. Dia yang ketika masih memakai seluar pendek kemudian dibenarkan membuat laporan polis tanpa sebarang masalah. Malah katanya, anggota polis yang bertugas di kaunter bertanya mengapa dia lewat membuat laporan. “Saya tanya kepada polis di balai polis Tambun itu, bukankah saya tidak boleh membuat laporan polis jika saya pakai seluar pendek. Dia kata, peraturan memang mengatakan ‘tidak’, tetapi ia dibenarkan sekiranya berlaku kecemasan,” Shim dipetik sebagai berkata. Katanya, dia berterima kasih kepada anggota polis di balai polis Tambun tersebut kerana memahami keadaannya ketika itu. Etika berpakaian di premis kerajaan menjadi isu yang berlarutan terutamanya ketika mangsa jenayah, kemalangan atau waris mereka, mahu meminta bantuan di balai polis atau hospital kerajaan. Pada Februari lalu, ketua polis negara ketika itu, Acryl Sani Abdullah Sani berkata etika berpakaian bagi orang ramai diberikan kelonggaran jika berlaku kes kecamasan antara “hidup dan mati”. Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham di parlimen pada Mac lalu berkata kod etika berpakaian tanpa budi bicara melanggar pekeliling kerajaan yang dikeluarkan pada 1 Dis 2020. Ngeh merujuk kepada pekeliling bertarikh 1 Dis 2020 oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) Mohd Zuki Ali ketika itu. Perkara 2.5 pada tambahan tersebut jelasnya menyatakan kerajaan tidak bercadang untuk mengenakan kod pakaian “standard” sebaliknya menggesa agensi kerajaan menyatakan dengan jelas bahawa pelanggan perlu berpakaian “sederhana dan sesuai.” Menuruntya berdasarkan Perkara 2.7, ketua jabatan kerajaan dibenarkan menggunakan budi bicara mereka sendiri dalam menentukan apa itu “sopan dan bersesuaian” untuk memastikan pelanggan dilayan “tanpa sebarang bentuk diskriminasi.”[Baca berita asal]

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts