Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMangsa daftar masuk hotel di Tawau pada hari dia dibunuh - saksi

    Mangsa daftar masuk hotel di Tawau pada hari dia dibunuh – saksi

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa pemandu e-hailing Nurman Bakaratu telah mendaftar masuk ke sebuah hotel di Tawau pada 13 Jan 2023 dan keluar pada sebelah petang hari yang sama dia dibunuh.

    Pengurus hotel berkenaan Adam Lim Ka Kiet, 30, mengesahkan bahawa Nurman mendaftar masuk ke premis itu berdasarkan salinan cetak borang pendaftaran pas dan invois.

    Beliau berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Rohaiza Abd Rahman pada hari kelima perbicaraan kes bunuh yang membabitkan lapan tertuduh termasuk bekas Ketua Staf Perisikan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) Datuk Mat Zaki Md Zain.

    Pada prosiding hari ini, sembilan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan pergerakan seorang lelaki bersama seorang wanita masuk ke sebuah hotel pada tarikh sama turut dimainkan di mahkamah.

    Bagaimanapun, Lim, yang juga saksi pendakwaan ke-14, berkata beliau tidak mengenali individu dalam rakaman CCTV itu.

    Kepada soalan peguam Datuk Ansari Abdullah, beliau berkata lelaki di dalam rakaman CCTV itu dilihat keluar dari hotel berkenaan di antara 6 petang hingga 7 malam.

    Di kandang tertuduh ialah enam anggota polis iaitu Rosdi Rastam, 45, Denis Anit, 45, Fabian Rungam, 44, Khairul Azman Bakar, 47, Mohd Azlan Sakaran, 40, dan John Kennedy Sanggah, 44, serta seorang wanita Vivien Fabian, 34.

    Mereka didakwa membunuh Nurman di sebuah ladang kelapa sawit berdekatan Jalan Anjur Juara, Jalan Apas Batu 5 di Tawau antara 7.30 malam hingga 11.30 malam pada 13 Jan 2023 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

    Mat Zaki, 59, pula berdepan dua pertuduhan iaitu bersubahat membunuh Nurman mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 302 kanun sama.

    ALSO READ:  Chegu Bard didakwa di mahkamah sesyen KL hari ini - Peguam

    Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Duncan Sikodol bersambung esok.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,236FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts