Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Manifesto BN-PH akan betulkan banyak kesilapan PAS Kelantan'

    ‘Manifesto BN-PH akan betulkan banyak kesilapan PAS Kelantan’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Gabungan BN dan PH akan melancarkan manifesto bersama sempena pilihan raya negeri (PRN) Kelantan dan dilaksanakan oleh pengerusi parti-parti Kerajaan Perpaduan Kelantan Ahmad Jazlan Yaakub. Setiausaha BN Kelantan Md Alwi Che Ahmad berkata, banyak perkara positif dan kejutan akan ditawarkan kepada rakyat sekiranya mereka diberi mandat mentadbir negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Menurutnya, manifesto yang akan dihidangkan pagi esok merupakan janji yang akan dilaksanakan dengan mengambil kira keperluan dan kepentingan rakyat setempat. “Sangat menarik, saya yakin ia akan memberi impak kepada pengundi, dan janji kita ini adalah janji yang akan ditunaikan. Banyak perkara yang mengejutkan. Manifesto kita ini jelas dibuat untuk membetulkan banyak kesilapan dan janji-janji yang tidak ditunai oleh kerajaan PAS,” katanya pada sidang media di Kota Bharu, hari ini. Md Alwi menambah BN dan PH yakin janji-janji yang ditawarkan itu mampu ditunaikan kerana kedua-dua parti terbabit merupakan kerajaan pusat serta mempunyai keupayaan melaksanakannya. Bekas anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kok Lanas itu berkata, antara yang paling menarik boleh dikongsikannya hari ini ialah penubuhan Kolej Universiti al-Quran dan Tahfiz Sains Kelantan. “Saya tak boleh sebut terperinci lagi, cuma satu perkara yang boleh saya kongsi kerajaan bersetuju menubuhkan sebuah Kolej Universiti al-Quran dan Tahfiz Sains. “Kolej ini akan berusaha melahirkan huffaz yang terlibat dalam bidang profesional, seperti seorang doktor yang hafal al-Quran, juruukur yang hafal al-Quran, arkitek dan sebagainya,” jelasnya. Sementara itu Md Alwi turut mengulangi keyakinan BN bahawa mereka optimis mempertahankan lapan kerusi dan merampas lapan lagi kerusi dalam PRN pada 12 Ogos nanti. Jelasnya, BN juga juga PH dapat memenangi sekurang-kurangnya tujuh daripada 14 kerusi ditandingi mereka. “Sekiranya BN dan PH mencapai sasaran itu, insya-Allah kita akan mendapat majoriti mudah untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan Kelantan,” katanya. Untuk rekod Kelantan mempunyai 45 kerusi DUN dan 31 kerusi ditandingi BN, manakala PH mempertaruhkan calon di 14 kerusi.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts