Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlines'Manifesto PH-BN Negeri Sembilan realistik, tak janji bulan bintang'

    ‘Manifesto PH-BN Negeri Sembilan realistik, tak janji bulan bintang’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Tiada tawaran ‘bulan dan bintang’ dalam manifesto gabungan PH dan BN menerusi ‘Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan’ yang teras utamanya adalah bagi menjamin kesejahteraan rakyat di negeri tersebut. Pemimpin dan calon PRN gabungan PH-BN di negeri tersebut berpandangan manifesto bersejarah tersebut disifatkan menyeluruh dan memenuhi kepentingan setiap lapisan rakyat daripada umur bayi sehingga warga emas. Pengerusi Umno negeri, Jalaluddin Alias berkata manifesto PH-BN itu adalah hasil perbincangan terperinci semua kepimpinan BN dan PH dalam menyediakan tawaran terbaik untuk rakyat di negeri tersebut.

    “Dokumen manifesto ini merangkumi semua aspek pembangunan, ekonomi, pendidikan serta agama dan pelbagai lagi…para belia juga akan mendapat manfaat dalam soal perumahan serta peluang pekerjaan,” katanya.

    Pengarah Pilihan Raya PH-PKR, Dr Ahmad Azam Hamzah pula berkata tiada rakyat di Negeri Sembilan akan tercicir daripada menerima manfaat manifesto yang dilancarkan oleh Pengerusi PH negeri, Aminuddin Harun.

    “Tiada rakyat tercicir daripada pembangunan di negeri ini, ini adalah satu manifesto realistik. Perincian manifesto ini dikaji secara holistik bersama BN, kita tidak mahu ia menjadi retorik,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan di Seremban, hari ini.

    Calon PH-DAP DUN Bukit Kepayang, Nicole Tan pula berkata kepimpinan PH dan BN terus memperkasakan dan memartabatkan peranan wanita dalam Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) menerusi manifesto tersebut.

    Katanya antara yang menarik dalam manifesto tersebut ialah teras khas untuk Felda bagi memartabatkan kesejahteran warga Felda di negeri tersebut serta penambahbaikan inisiatif sedia ada.

    “Sudah tentu mencuri tumpuan ialah tentang inisiatif belia, wanita, dan keusahawanan kerana saya antara pemberi cadangan tersebut, terutamanya pembentukan satu majlis wanita di setiap DUN, ia penting dalam mempergiatkan lagi penglibatan wanita dalam pengurusan MPKK,” katanya.

    ALSO READ:  Education among Pakatan's Telok Ayer Tawar manifesto.

    PH dan BN hari ini menawarkan Aspirasi Perpaduan Negeri Sembilan, berteraskan lima tekad dengan 10 teras utama menggariskan 70 inisiatif mencakupi keperluan dan kebajikan masyarakat berbilang kaum di negeri tersebut, sekali gus menjana peluang dalam memacu pembangunan negeri dan menyejahterakan rakyat.

    Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRN di Kedah, Terengganu, Kelantan, Negeri Sembilan, Selangor, dan Pulau Pinang serta Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Kuala Terengganu dilaksanakan serentak, dengan hari pengundian pada 12 Ogos manakala pengundian awal pada 8 Ogos.

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts