Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMaqis patahkan cubaan bawa masuk tikus salai di KLIA

    Maqis patahkan cubaan bawa masuk tikus salai di KLIA

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) mematahkan cubaan membawa masuk tikus salai tanpa kebenaran oleh seorang lelaki Myanmar di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Isnin lepas.

    Pengarah MAQIS Negeri Selangor Mohd Sobri Md Hashim dalam kenyataan hari ini berkata tikus salai seberat 15 kilogram itu dikesan ketika pemeriksaan bagasi menerusi mesin pengimbas terhadap lelaki berumur lingkungan 30-an itu.

    “Kesemua rampasan dianggarkan bernilai RM300 berjaya dikesan dengan bantuan mesin pengimbas Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan pemeriksaan oleh pegawai MAQIS,” katanya.

    Mohd Sobri berkata perbuatan mengimport keluaran hasilan haiwan tanpa permit sah menjadi kesalahan mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 11(3) akta sama.

    Beliau berkata individu berkenaan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

    Mohd Sobri berkata MAQIS bersama agensi penguatkuasaan di sempadan sentiasa mengambil langkah serius dalam isu membabitkan cubaan penumpang membawa masuk makanan eksotik atau barangan lain tanpa kebenaran ke dalam negara.

    Beliau berkata hal ini kerana ia membabitkan keselamatan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan perosak yang boleh mengancam sektor pertanian negara.

    “Semua sedia maklum, tikus boleh menyebabkan penyakit berjangkit secara langsung dan tidak langsung.

    “Sehubungan dengan itu, tindakan penguatkuasaan undang-undang akan terus diperkasa bagi memastikan kawalan penyakit haiwan dan jaminan keselamatan makanan terpelihara,” katanya.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts