Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMaria saran KDN sekolahkan polis - Perhimpunan tidak lagi perlu permit

    Maria saran KDN sekolahkan polis – Perhimpunan tidak lagi perlu permit

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seorang bekas ahli parlimen PKR menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN), serta Ketua Polis Negara (IGP) Razarudin Husain, supaya “menyekolahkan” pasukan polis bahawa permit tidak lagi diperlukan untuk perhimpunan.

    Bekas ahli parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah berkata ini kerana mengikut Akta Perhimpunan Aman – yang digubal 12 tahun lalu – penganjur demonstrasi hanya perlu memaklumkan polis terlebih dahulu sebelum berhimpun.

    Pada asalnya, ia adalah 10 hari tetapi kemudiannya disingkatkan kepada lima hari pada 2019.

    Maria Chin Abdullah

    “Sudah tiba masa polis membiasakan diri dengan Akta tersebut.

    “KDN dan IGP mesti memperbetulkan polis dan memastikan rakyat dapat melaksanakan hak dan kebebasan mereka.

    “Saya juga mengesyorkan agar polis dilatih semula cara menangani perhimpunan serta mempunyai pemahaman lebih lengkap tentang erti hak asasi dalam masyarakat demokratik,” kata Maria dalam satu kenyataan semalam.

    Dia mengulas tentang keengganan polis menerima notis Jawatankuasa penganjuran Women’s March Malaysia (WMMY) 2024 yang dijadualkan di Kuala Lumpur pada Sabtu ini.

    Menurut jawatankuasa itu, mereka telah berusaha empat kali, pada 2 dan 3 Mac, untuk menyerahkan notis kepada polis tetapi gagal.

    Penganjur berkata mereka akan berjumpa dengan pihak  polis sekali lagi hari ini untuk menyerahkan notis itu.

    Maria – yang mengetuai dua perhimpunan Bersih sebelum ini – berkata tindakan polis tidak boleh diterima.

    Sejak Akta Perhimpunan Aman diperkenalkan, polis terus berpegang bahawa penganjur perlu mendapatkan “permit” sebelum boleh berhimpun.

    Kebebasan untuk berhimpun termaktub di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts