Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMasak mi segera di stesen minyak: Tiada anak timb Menteri terlibat -...

    Masak mi segera di stesen minyak: Tiada anak timb Menteri terlibat – Polis

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Empat orang akan didakwa di Mahkamah Bentong esok susulan kejadian tular kegiatan memasak mi segera berdekatan sebuah stesen minyak di Genting Highlands baru-baru ini, menurut pihak polis.

    Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar turut mengesahkan tiada dalam kalangan 15 orang yang ditahan berkait kes itu anak orang kenamaan.

    “Kesemua 15 yang ditahan bukan anak timbalan Menteri atau VIP,” katanya seperti dipetik BH Online.

    Zaiham berkata empat orang terdiri daripada seorang lelaki dan tiga wanita berusia antara 23 dan 24 tahun akan didakwa di Mahkamah Bentong di Pahang pagi esok. Sementara itu 11 orang lagi telah dibebaskan dan akan menjadi saksi dalam kes itu.

    “Mereka akan dituduh mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan (perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan diri orang lain),” katanya lagi.

    Kesalahan di bawah seksyen ini boleh dihukum penjara sehingga tiga bulan, denda sehingga RM500, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

    Sebelum ini, tular video menunjukkan sekumpulan anak muda memasak mi segera menggunakan kuali, dapur gas mudah alih dan peralatan perkhemahan lain berhampiran stesen minyak.

    Tular juga dakwaan yang mengatakan terdapat dua anak kepada timbalan Menteri yang terlibat dalam kegiatan itu.

    Polis kemudiannya menahan 15 individu berumur 23 hingga 28 tahun pada hari Sabtu bagi membantu siasatan.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts