Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMasalah 60 pelajar Pahang 'terkandas' di Mesir selesai - PM

    Masalah 60 pelajar Pahang ‘terkandas’ di Mesir selesai – PM

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Masalah 60 pelajar daripada Pahang yang tidak dapat melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar di Kaherah, disifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai telah berjaya diselesaikan hasil perbincangannya bersama Sheikh Al-Azhar Prof Dr Ahmed El Tayeb.

    Beliau yang membuat kunjungan hormat kepada Ahmed di Al-Azhar hari ini berkata masalah 60 pelajar berkenaan timbul, apabila mereka datang untuk belajar di universiti itu di Kaherah tanpa mengikut prosedur ditetapkan universiti berkenaan, sehingga menyebabkan mereka ‘terkandas’ di Mesir.

    “Jalur (saluran) yang ditetapkan oleh Universiti Al-Azhar ialah kesemua itu melalui proses kedutaan. Oleh kerana tidak diikuti, 60 pelajar itu tersangkut.

    “Bagaimanapun, saya telah mengemukakan rayuan dan Sheikh Al-Azhar bersetuju supaya 60 anak-anak Pahang itu diuruskan sesegera mungkin, dan Rektor Universiti Al-Azhar tadi telah memberi jaminan.

    “Tetapi saya juga telah beri jaminan kepada mereka (Sheikh Al-Azhar) bahawa hal sebegini tidak akan berlaku lagi, insya-Allah, semua Negeri diharap mematuhi peraturan sedia ada kerana ini syarat yang ditetapkan kerajaan Mesir dan Universiti Al-Azhar, Alhamdulillah selesai,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada wartawan Malaysia pada sidang akhbar pada akhir lawatan kerja dua harinya ke Mesir di Kaherah hari ini. Turut hadir Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Duta Besar Malaysia ke Mesir Zamani Ismail.

    Terdahulu, Anwar melakukan kunjungan hormat ke atas Ahmed dan ketibaan beliau di Al-Azhar disambut oleh Timbalan Sheikh Al-Azhar Prof Dr Muhammad Abdur-Rahman Al-Duwini.

    Sementara itu, Perdana Menteri berkata Sheikh Al-Azhar itu bersetuju untuk membuat kunjungan rasmi ke Malaysia, pada suku pertama tahun depan.

    “Kunjungan beliau itu akan kita manfaatkan dengan penganjuran sidang Islam serantau, supaya kita mendapat manfaat daripada kehadiran dan gagasan beliau,” katanya.

    ALSO READ:  'DNAA juga ada dalam enakmen Syariah Terengganu, lulus ketika Hadi MB'

    Anwar berkata Malaysia bersama Al-Azhar, akan mengambil inisiatif untuk menganjurkan persidangan itu dan menugaskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk menyelaraskan penganjurannya.

    – Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts