Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Tuesday, July 9, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeNewsHeadlinesMasalah air: Telaga tiub di UMS dijangka siap pada Mac - Zambry

    Masalah air: Telaga tiub di UMS dijangka siap pada Mac – Zambry

    -

    Shopee CNY Sale

    Pembinaan telaga tiub bagi menyelesaikan masalah air di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dijangka siap pada Mac ini, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

    Zambry berkata projek berkenaan kini dalam fasa pemasangan tiub di beberapa lokasi dikenal pasti oleh UMS yang mempunyai bekalan air.

    “UMS memerlukan kira-kira lima ke lapan juta liter bekalan air sehari. Keperluan untuk dapatkan telaga tiub ini sebagai tambahan bagi membantu sebanyak 30 peratus (daripada jumlah keseluruhan keperluan air di UMS).

    “Nak kata (masalah air dapat) selesai (secara) keseluruhan ia perlu (campur tangan) daripada kerajaan Sabah,” katanya ketika ditemui pemberita di Serkam Pantai di Jasin, Melaka hari ini.

    Media sebelum ini melaporkan enam telaga tiub dibina bagi mengatasi masalah bekalan air di UMS menggunakan peruntukan RM3 juta yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Mei tahun lepas.

    Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud sebelum ini dilaporkan berkata projek pembinaan empat telaga tiub kini sedang dilaksanakan dua kontraktor yang dipertanggungjawabkan dan projek itu dalam fasa penggerudian.

    Zambry berkata pengurusan universiti perlu peka dengan sebarang masalah yang berlaku di institusi pendidikan mereka kerana ia melibatkan kebajikan pelajar.

    “Saya tahu mereka (UMS) menghadapi masalah yang besar dan berpanjangan sejak 2021. Seharusnya universiti menjadikan ia keutamaan (untuk menyelesaikan masalah air tersebut). Alasan tak ada peruntukan mereka boleh maklumkan kepada kerajaan untuk selesaikan.

    “Saya elak untuk letak tuduhan, menyalahkan (pengurusan universiti). Saya nak supaya mari kita bekerja untuk selesaikan masalah,” katanya.

    -Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,437FansLike
    1,180FollowersFollow
    1,049FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts