Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMasalah banjir lebih mudah ditangani sebagai Adun - Nazri

    Masalah banjir lebih mudah ditangani sebagai Adun – Nazri

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur
    Masalah banjir kilat yang sering berlaku di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram diyakini akan dapat diselesaikan dengan lebih berkesan jika Nazri Abdul Rahman diberikan mandat oleh pengundi pada 9 Sept ini.

    Calon PH yang berusia 56 tahun itu merupakan seorang jurutera berpengalaman selama tiga dekad di Majlis Perbandaran Muar (MPM).

    Dengan pengalaman itu, dia yakin masalah banjir dapat ditanganinya dengan lebih baik selaku Adun berbanding ketika menjadi Ketua Bahagian Kejuruteraan MPM sebelum ini.

    “Tugas saya semasa menjadi jurutera di MPM sebelum ini ialah cuba menaik taraf sistem perparitan, menyediakan saiz yang lebih baik dan besar.

    “Cumanya baru-baru ini dalam kajian oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) – dan saya juga terlibat – difahamkan juga Jabatan Parit dan Saliran (JPS) juga ada melantik konsultan untuk kajian banjir.

    “Saya sendiri di peringkat PhD pun ada buat kajian mengenai banjir cuma saya lebih kepada modelling.

    “Jadi gabungan-gabungan kajian ini saya akan satukan dan saya akan usaha yang terbaik bagi memastikan masalah banjir kilat atau monsun ini dapat diatasi sebaik mungkin,” katanya kepada Malaysiakini di Muar, baru-baru ini.

    Nazri berkata demikian ketika diminta mengulas persoalan kenapa dia perlu menunggu sehingga menjadi wakil rakyat untuk menyelesaikan isu banjir kilat di sebalik perkhidmatannya selama 30 tahun di MPM.

    Hubungan dengan kerajaan penting

    Selain tidak menjadi masalah terlalu besar, isu banjir kilat di kawasan DUN Simpang Jeram bukanlah baru, justeru ia memerlukan tindakan daripada pihak berwajib.

    Kejadian banjir kilat terbaru berlaku di Muar ialah pada Mac lalu.

    Nazri yang mendapat pendidi peringkat sarjana kejuruteraan awam di UTHM juga percaya dengan komitmen yang diberikan itu serta kerjasama antara kerajaan ia akan membuahkan hasil yang positif.

    ALSO READ:  Ketua pembangkang DUN P Pinang diumum sebelum sidang Nov

    “Maksudnya apabila saya jadi wakil rakyat ini nanti akses saya adalah kepada mohon peruntukan. Jika kita ada hubungan dengan kerajaan Negeri dan pusat lebih mudahlah mohon peruntukan

    “Kajian dah dibuat, hasilnya kita perlu lakukan begini dan begitu.

    “Tugas saya nanti ialah menggunakan kedudukan sebagai wakil kepada rakyat di Simpag Jeram ini unt memastikan peruntukan sewajarnya dapat disalurkan bagi mengatasi masalah banjir.

    “Itulah perbezaan semasa saya bertugas di peringkat MPM – apabila saya hanya melaksanakan – berbanding sebagai wakil rakyat yang akan ada akses untuk mohon peruntukan dan pemudah cara pelaksanaan,” katanya.

    PRK di Simpang Jeram menyaksikan pertandingan tiga penjuru di antara PN, BN-PH dan bebas. Nazri akan berdepan saingan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Mohd Mazri Yahya (PN) dan ahli perniagaan S Jeganathan (bebas).

    Pada PRN Johor tahun lalu Allahyarham Salahuddin Ayub dari Amanah mempertahankan kemenangannya di DUN Simpang Jeram dengan majoriti 2,399 undi dalam saingan empat penjuru.

    Di Simpang Jeram, pengundi Melayu merangkumi 51.87 peratus pengundi, diikuti Cina (44.58 peratus) dan India (2.53 peratus).

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts