Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMasih ada majikan culas laksana perintah gaji minimum - MTUC

    Masih ada majikan culas laksana perintah gaji minimum – MTUC

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa kerajaan agar lebih agresif dalam menangani isu majikan yang culas untuk menggajikan pekerja mengikut pelaksanaan perintah gaji minimum RM1,500 yang telah berkuat kuasa dua tahun lepas.

    Presidennya Mohd Effendy Abdul Ghani berkata MTUC sentiasa menggesa kerajaan supaya lebih agresif dalam mengenal pasti majikan yang masih berdegil atau sering mencari jalan untuk mengurangkan kos penggajian.

    “Seperti yang dinyatakan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli ketika membentangkan Kertas Putih Cadangan Dasar Gaji Progresif di Dewan Rakyat tahun lepas, terdapat 10 peratus lagi pekerja formal menerima gaji di bawah kadar gaji minimum iaitu RM1,500 sebulan,” katanya pada sidang media di Ipoh, malam tadi.

    Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis Makan Malam MTUC dan Sambutan Hari Pekerja 2024 yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak A. Sivanesan.

    Sebelum ini Perintah Gaji Minimum (PGM) 2022 telah berkuat kuasa mulai 1 Mei 2022 dengan kadar gaji minimum RM1,500 sebulan untuk semua sektor tanpa mengira wilayah bagi majikan yang menggajikan lima orang pekerja atau lebih.

    Bagaimanapun melalui peraturan sebelum ini, penguatkuasaan PGM bagi majikan yang menggajikan kurang lima pekerja ditangguhkan dari 1 Jan 2023 kepada 1 Julai 2023.

    – Bernama


    Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts