Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMasih terlalu awal bincang kedudukan MB Perlis - PAS

    Masih terlalu awal bincang kedudukan MB Perlis – PAS

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    PAS menegaskan masih terlalu awal untuk membincangkan isu perubahan kepimpinan Negeri Perlis meskipun Menteri Besarnya, Mohd Shukri Ramli kini disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

    Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari berkata, siasatan penuh perlu dilakukan pihak berkuasa sebelum sebarang perbincangan mengenai kedudukan Shukri boleh dibuat.

    “Saya rasa masih terlalu awal untuk membincangkan soal perubahan (kepimpinan) kerajaan Perlis. Ini zaman (kerajaan) Madani, ketika era ini ada yang dipanggil membela diri pun dapat DNAA (dilepas tanpa dibebaskan) dan sebagainya.

    “Kalau mahu bincangkan pertukaran (kepimpinan) kerajaan Perlis ini masih terlalu awal, kita serahkan kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan,” kata Ahli Parlimen Pasir Mas itu kepada Berita Harian selepas Ceramah Umum PN di Kuala Kubu Bharu, malam tadi.

    Pada 2 Mei lalu, Pengerusi Bersatu Perlis, Abu Bakar Hamzah dilaporkan berkata pihaknya bersedia mengambil alih tanggungjawab menerajui pentadbiran Negeri sekiranya wakil parti itu diminta berbuat demikian, dengan sebarang keputusan berhubung kedudukan Shukri tetap terletak pada kebijaksanaan raja Perlis dan kepimpinan tertinggi PN.

    Pada 30 April lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan Shukri “ditahan” walaupun PAS mendakwa sebaliknya.

    Bercakap kepada Malaysiakini, Azam berkata ahli politik itu dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas kenyataannya direkodkan berhubung dakwaan kes salah guna kuasa.

    Sementara itu, Berita Harian melaporkan Ahli Majlis Tertinggi Bersatu Azmin Ali menyifatkan kenyataan Abu Bakar sebagai pandangan peribadi.

    Menurut Pengerusi PN Selangor itu, tiada perbincangan mengenai pertukaran kepimpinan Negeri dibuat gabungan berkenaan.

    Jelasnya, apa sahaja yang berlaku dalam PN perlu dibincangkan dengan semua parti komponen terlebih dahulu dan dipersetujui atas prinsip kebersamaan.

    “Tiada amalan ‘Big Brother’ (Abang Besar) dalam PN, semua parti (komponen) adalah sama dan mempunyai hak untuk berbincang. (Jadi) itu adalah PN, bukan soal pandangan individu.

    ALSO READ:  Amanah sekali lagi diberi jawatan speaker DUN Negeri Sembilan

    “Saya tidak mahu komen pandangan individu kerana prinsip kita pegang, ia mestilah dibawa dalam PN di peringkat Negeri atau Pusat.

    “Memang tidak ada dibincangkan, tiada sebab, (malah) tak timbul soal perubahan kerajaan Negeri di Perlis,” katanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts