Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeNewsHeadlinesMasjid, surau kena kreatif anjur aktiviti semasa Ramadan

    Masjid, surau kena kreatif anjur aktiviti semasa Ramadan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pengerusi dan ahli jawatankuasa masjid serta surau di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) disaran supaya lebih kreatif menganjurkan aktiviti sepanjang Ramadan bagi menarik kehadiran orang ramai khususnya golongan muda.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar berkata usaha itu bagi memastikan masjid dan surau di sekitar Wilayah Persekutuan terus dapat diimarahkan.

    “Dalam konteks untuk mengimarahkan masyarakat dengan program kerohanian, menjadi tanggungjawab agensi hal ehwal Islam untuk mencari kaedah memperhebat program-program penghayatan khususnya dalam bulan Ramadan nanti.

    “Pengerusi dan ahli jawatankuasa masjid serta surau kena fikirkan aktiviti-aktiviti dalam bulan Ramadan selain daripada iftar dan sahur yang biasa dianjurkan untuk kita mengajak lebih ramai datang ke masjid dan surau,” katanya.

    Na’im berkata demikian kepada pemberita selepas perasmian Seminar Ambang Ramadan peringkat Wilayah Persekutuan, pelancaran Blue Print Unity dan aplikasi Dawanity di Putrajaya hari ini.

    Katanya lagi, bagi menggalakkan penganjuran program menarik diadakan di masjid dan surau, Jawi akan mengumumkan insentif yang berkaitan pada 5 Mac ini.

    “Insenstif yang akan kerajaan umumkan itu adalah sebahagian daripada usaha Jawi memberikan dorongan dan motivasi kepada pengerusi dan ahli jawatankuasa masjid serta surau mempelbagaikan program mereka,” katanya.

    Menurut Mohd Na’im program yang dianjurkan itu pada masa sama perlu memberi kesan positif kepada pembentukan masyarakat Madani.

    “Kita tidak boleh sekadar menganjurkan program semata-mata tanpa meletakkan objektif program.

    “Penilaian perlu dibuat agar setiap program yang dilaksanakan benar-benar mencapai objektif seperti yang dihasratkan,” katanya.

    Bernama

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,236FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts